Friday 2 February 2018

Muhasabah Diri

Assalamualaikum & Hai...


Lamanya tak menulis disini. Last post bertarikh 5 May 2016. Hari ini dah pun masuk bulan Februari 2018. Begitu pantas sekali masa berlalu. Setahun lebih tak menulis di blog ini. Rasanya macam dah hilang pula rentak menulis di blog. Bukan dah tak berminat nak menulis lagi. Selalu teringat-ingat. Rindu nak tulis kat sini macam dulu-dulu. Tapi dah jarang online guna laptop. Almaklumlah sekarang semuanya nak cepat. Terus update dekat Instagram. Tapi blog ni memang sentiasa dalam ingatan. Kenangan bagaimana semuanya bermula disini.

Sepanjang 2017, bukan senyap terus. Masih lagi aktif menulis. Tetapi semuanya telah dipost melalui Instgram. Sebenarnya rasa sayang bila difikirkan kalau-kalau Instagram bual hal ataupun hilang macam tu saja. Jadi, biarlah tulisan-tulisan itu diterbitkan di blog kesayangan. Supaya nanti boleh baca semula. Kebanyakan tulisan-tulisan ini semua ada nilainya yang tersendiri. Ditulis untuk diri sendiri. Lalu dikongsikan kepada umum untuk diambil manfaatnya bersama.


2 February 2018

5 January 2018

31 December 2017






















Ini hanyalah sebahagian yang dikongsi untuk hari ini. Masih ada lagi posting yang lain. Cukuplah dulu setakat ini. InsyaAllah akan dishare lagi di lain hari. Bolehlah buat ganti setahun lebih entri yang tak terupdate dekat blog. 

Dulu-dulu, tak pernah terfikir langsung untuk berkongsi apa-apa melalui medium penulisan. Tambahan lagi di media sosial. Tak kisah la sama ada di blog ataupun Instagram. Tetapi bila kita bermula dengan satu niat yang InsyaAllah betul, terasa sayang pula nak berhenti. Mungkin apa yang dikongsikan itu bermanfaat juga untuk orang lain. Why not teruskan saja. Sedangkan perkara yang tak penting pun kadang-kadang kita terlepas pandang bilamana dengan mudah kita post macam tu saja kan.

Yang baik itu datangnya daripada Allah s.w.t dan yang buruk itu datangnya dari diri kita sendiri. Orang yang ingin memperbaiki diri akan melihat kebaikan orang lain. Disitu, kita nampak keburukan sendiri. 

Wassalam.