Thursday 2 October 2014

Berjinak-jinak dengan dunia baru


Assalamualaikum!!!

Bismillah...

Selama 2 minggu menyepikan diri dari dunia blog, baru saya perasan rupa-rupanya saya masih memerlukan blog ini untuk mencoretkan sesuatu. Ya, tulisan saya muncul kembali setelah berjaya membeli semula modem yang baru. Itu yang sebenarnya telah berlaku semenjak kehilangan saya tempoh hari. Hilang bukan kerana merajuk tetapi hilang kerana terasa blog ini sudah tidak diperlukan lagi & cuba menyepikan diri untuk mencari diri yang hilang. Kononnya la kan. Akhirnya dapat dikenalpasti bahawa modem internet yang rosak itu telah menemukan saya kembali ke dunia maya & kehilangan itu pun dapat dikenalpasti. 

Semasa kehilangan itu berlaku, saya telah merajinkan diri menguji bakat seni kreatif. Bakat seni kreatif apa? Mari kita lihat rentetan peristiwa yang berlaku. 

Ingat lagi tak mimpi mat jenin moden di depan PC yang saya cerita haritu? Tak ingat? Okey pi baca entri INIINI & INI. Haa, sekarang dah ingat bukan? Syabas! Rajin sungguh hampa pi baca. Membaca itu kan amalan yang mulia untuk meningkatkan kecerdasan minda & senaman mata. 

Sejak peristiwa itu, banyak yang saya jumpa hasil-hasil idea DIY blogger-blogger B2B tu semua. Dari situ, saya teringiinnn sangat nak menguji bakat sendiri pula. Maka bermula la misi saya seterusnya.


Siang tadi dengan sukarianya keluar pergi shopping barang-barang yang tiada untuk kelengkapan menyiapkan hasil yang telah saya buat. Dah lengkap semuanya balik tinggal mencompletekan apa yang cacat tu je. Rasa-rasanya daripada barang yang tertera di atas ni pun dah boleh agak kan apa yang telah berjaya dihasilkan. Macam auntie kedai bunga tadi kata "Owh...nak buat pin brooch ya? Tengok kamu beli barang pun sudah boleh agak sikit-sikit kamu mau buat apa."hihi.


Fuh! Lap peluh kejap. Nampak tak? Nampak tak? Itulah hasilnya selama lebih 2 minggu saya menyepikan diri. Sekuntum demi sekuntum berjaya disiapkan dengan gigihnya. Apa ni? Inilah brooch pin yang berjaya saya DIY hasil air tangan sendiri. Macam tak percaya pun ada kreatif juga tangan ni. Tapi dah tahu lama pun semenjak dari sekolah menengah dulu lagi. Cuma rajin dengan malas je. huhu. 

Memandangkan saya bukanlah B2B, saya telah mengolah idea dengan sedikit kelainan mengikut citarasa sendiri. Finally, ia benar-benar menjadi seperti yang dibayangkan. Pin pun dah siap digam dah. Lepas ni boleh la pakai brooch tukar-tukar. 

Buat apa yang kita suka laju je tangan nak berjalan. Banyak lagi dunia baru yang boleh diteroka. Ini baru permulaan. Bermakna ada lagi hasil seterusnya. Nanti la sambung. Mata dah mengantok. Nak tidur.

Wassalam.





No comments:

Post a Comment