Thursday 11 September 2014

Tak sabar nak belajar menjahit


Assalamualaikum!!!

Bismillah...

Wehuuu!!! Mood berkobar-kobar. Tak sabarnya nak pergi belajar menjahit. Sapa nak ikut? Jommmm...Dah lama berhajat nak belajar menjahit tapi tak tahu nak berguru dengan siapa. Bulan lepas ada la kakak aku sibuk suruh aku pergi belajar menjahit dekat kolej komuniti. Masa tu memang kolej komuniti ada buat kelas kemahiran untuk hari yang sekian sekian & pogram yang sekian sekian. Belajar jahit baju kurung pesak selama 2 hari pada hari sabtu 2x sabtu berturut-turut. Tak mahal pun yuran dia. RM30 je untuk 1 kelas start dari pukul berapa ntah dah tak ingat. Kelas tu berlangsung selama 5 jam untuk 1 kelas. Masa tu dapat tahu pun dah last minute. Daftar pun belum lagi. Macam dah tak sempat. Lepastu nak kena pergi sorang-sorang pula. Memang tak semangat sangat nak pergi time tu.

Tapi tapi tapi tadi kan. Kebetulan masa tengah sibuk dok cari tukang jahit area Sg. Petani, kan aku teringin nak pakai jubah moden yang aku cerita kat >> SINI << tu. Semalam dah mesej sepupu aku yang ambil upah buat baju tu tanya dia. Sekali dia jawab dia tak boleh buat jubah moden. huh! Kecewa. Tak tahu mana nak cari, aku cuba la cari melalui internet. Sekali terjumpa fb page >> Kedai jahit kak midah << ni. Aku pun belek-belek la photo album Kak Midah tu dulu. Sekali tengok, wah sekali dengan mengajar orang yang nak belajar menjahit tuuu.

Apalagi, bagaikan orang mengantok disorongkan bantal la aku pun. huhu. Terus call tanya detail pasal kelas jahitan tu dengan berapa dia ambil kalau buat baju jubah moden. Aku pun mesej la kakak aku yang berminat juga nak belajar menjahit tu. Kata sepakat sudah dicapai nak pergi belajar menjahit dengan Kak Midah time cuti sekolah hujung tahun ni. Yeayyyy!!! Tak sabar dah ni. Kakak aku pun dah teruja. Tunggu dia balik cuti sekolah hujung tahun ni je. Memang hati dah gedik-gedik sangat nak pergi belajar ni. hihi.

Kelas yang Kak Midah buat tu ada 12 kali kelas dalam sebulan. Seminggu kena pergi kelas tiga hari. Boleh pilih nak hari Isnin, Selasa & Rabu atau hari Khamis, Jumaat & Sabtu. 1 hari Kak Midah ambil 5 orang je yang nak belajar dengan dia. Dan boleh pilih nak pergi kelas pagi atau petang. Sesi pagi start pukul 9.30 am - 12.30 pm. Sesi petang pula start pukul 2.30 pm - 5.30 pm. Biasanya hujung minggu penuh dengan orang yang bekerja pergi belajar time cuti. 

Masa kelas tu nanti, macam-macam fesyen yang Kak Midah tu akan ajar kita. Ikut kita la nak belajar jahit baju apa. Baju kurung, baju kurung moden, kebaya, jubah, baju kanak-kanak dan apa-apa la design yang kita nak belajar. Puas hati kan? Dia akan ajar step by step la. Untuk bayaran tu korang kena la tanya Kak Midah sendiri ye. Yang pastinya tak mahal mana pun & berbaloi dengan ilmu yang kita dapat nanti. Tidak takde la aku excited nak pergi sangat ni. Sebelum terlupa, peralatan jahitan kita kena tanggung sendiri tak termasuk dengan yuran belajar. Peralatan tu mungkin alat-alat nak menjahit macam gunting, pembaris ukur, kertas minyak untuk buat pola baju, tali nak ukur ukuran badan tu orang panggil apa ntah & kain. 

Kot la korang-korang dari Utara yang terbaca entri aku ni pun berminat boleh la contact nombor Kak Midah ni tanya pasal bayaran kelas tu nanti.

Kak Midah : 04-4253490 / 019-5596233

fb page : Kedai jahit kak midah

Lokasi : 283 lorong 8,Taman Bandar Baru PKNK, Sg. Petani, Kedah

Semoga dipermudahkan segalanya. Amin. Masa-masa lapang yang ada ni dari buang masa tak buat apa, lebih baik kita pergi belajar kemahiran. Sekurang-kurangnya boleh tambah pendapatan sampingan. Mula-mula tu of course la tak pandai lagi. Belajar la jahit untuk diri sendiri & keluarga dulu. Esok-esok dah mahir barulah fikir nak lebarkan sayap ke apa. Tak gitu? Aku ni pun kebetulan susah sangat nak cari tukang jahit. Yang dah biasa pun dok jauh pula. Semua idea ni datang pun untuk isi masa lapang dannnn dah pandai nanti boleh jimat kos hantar upah jahit kat orang. Dah pandai jahit sendiri tinggal beli kain je. Takyah dah susah-susah nak cari tukang jahit lagi. 

Wassalam.








Teringin nak pakai jubah moden.


Assalamualaikum!!!

Bismillah...

Hati berdetik : "Teringinnya nak pakai jubah moden". 

Macam orang mengidam pulan kan? huhu. Baju kurung moden dah biasa pakai. Baju kurung biasa apatah lagi. Sangat-sangat biasa pakai. Kali ni terasa nak cuba pakai jubah moden pula. Bulan depan alang-alang nak ke Nilai apakata cari je kain kat sana. Kalau tak ke Nilai 3, boleh melencong ke Jalan TAR. Dua-dua tempat ni pun aku suka bab nak cari kain ni. Mungkin dapat beli yang murah sikit tapi berkualiti. Sebelum tiba masanya ke sana apakata cari dulu design macam mana nak buat. Bermula semalam dengan bantuan en google mula la aku dengan misi baru ini. Tup-tup pagi ni dah jumpa design yang berkenan di hati. Design ni la yang dok terlayang-layang dalam kepala. Tak mau yang lain dah. 

Meh kita tengok calon-calonnya.

Tada!!!

Picture credit to google.

Banyak la calon. Padahal 1 design ni je yang aku berkenan. Memang dok cari soft copy nak tunjuk kat tukang jahit. Kalau aku yang lukis takut tukang jahit tu faham lain pula. Lebih kurang macam ni la design yang aku nak tu. Cuma tak la sebijik macam ni. Ada sedikit kelainan dari apa yang aku bayangkan tu. Nanti pandai-pandai la aku terang kat tukang jahit tu.

Ayu & sopan kan bila pakai jubah. Menutup aurat dengan sempurna. Tak sabar pula rasa nak mencari kain. Potongan badan aku ni jenis yang susah nak cari kalau beli yang ready made punya. Dah cuba cari pun. Semuanya menggelebeh je. Dah ok kat situ kat sini pulak tak ok. Sana labuh, sini panjang terlebih. Sakit hati! Kalau rembat juga nanti menyesal pula. Sayang duit terbang macam tu je kalau tak pakai. Membazir itu kan amalan syaitan nir rajim.

Bila google sana sini, ada juga jumpa kat online shop design yang aku berkenan. Tapi tak yakin pula nak beli. Sama kes juga la dengan beli offline shop pun. Nanti ada-ada je yang tak kena. Memang spesies yang tak mesra ready made cutting aku ni. Sedap pakai yang upah orang jahit juga.

Harap-harap dapatlah tukang jahit yang boleh buat sepertimana yang aku nak tu. Yang paling penting mesti kena sedap pakai.

Wassalam.






Monday 8 September 2014

Pelamin Idaman Kalbu


Assalamualaikum!!!

Bismillah...


Tengok tajuk pun dah tahu kan nak cerita apa. Cerita kali ni sebenarnya adalah permulaan angan-angan mat jenin moden di siang hari. Mula-mula datangnya mimpi-mimpi di siang hari pasal idea perkahwinan yang lain tu semua & sebelum lahirnya idea yang >> INI <<, sebenarnya aku telah memulakan misi pencarian dengan mencari idea pelamin idaman hati. Masa kejadian tu berlaku, asal aku on PC & internet je mesti hati tergerak nak tengok pelamin. Puas aku google sana sini. Tak jemu-jemu aku mencuci mata dan disinilah segalanya bermula. hohoho.

Okey, berbalik kepada topik perbincangan, aku telah berangan-angan masa majlis resepsi nanti aku nak DIY sendiri pelamin idaman aku tu. Tapi memandangkan aku ni tak kreatif sangat, jadi aku telah meminta bantuan en google. Aku suka design pelamin yang simple & sesedap mata memandang. Kenapa aku nak DIY sendiri? Sebabnya nanti barang tu semua akan menjadi hak milik mutlak aku. Untung dah kat situ. Dari aku membazir duit bayar kat orang apa kata aku mengasah bakat kekreatifan aku yang tak seberapa ni. Jimat pun jimat. Tak gitu? Jadi, tak sia-sia aku buang tebiat google pelamin-pelamin ni semua. Hasilnya yang paling menggamit-gamit perhatian aku adalah seperti yang berikut.

Picture credit to google.
Cantiknyaaa...Walaupun simple, tapi tetap nampak menarik di mata aku. Aku paling suka design pelamin Blogger Irine Nadia ni. Tak sabarnya rasa nak create yang sendiri punya.

Picture credit to google.
Yang ni pula, aku suka design kain latar belakang dia tu. Kalau aku kahwin nanti, biasanya pelamin kami buat dalam rumah. Mungkin latar belakang pelamin Irine tu akan nampak kosong kalau design tu buat dalam rumah. Mungkin. Jadi, aku ingat nak gabungkan latar belakang pelamin Irine tu dengan latar belakang pelamin ni.

Picture credit to google.
Haa..lepastu aku suka juga design pelamin Irma Hasmie ni. Aku suka part yang ada bulu-bulu macam pokok kelapa tu. Apa salahnya aku cedok sikit yang ni.

Picture credit to google.
Dan akhir sekali, mungkin pelamin aku tu nanti akan jadi mirip-mirip seperti yang ini. Cuma tambah sikit kain latar belakang yang kat belakang tu macam design pelamin yang nombor 2 di atas tu. Mungkin beginilah hasil akhir bayangan aku tu. Wah, cantik bukan? 



Pelamin ni aku nak buat bukan untuk bersanding pun. Aku nak buat pelamin ni untuk sesi bergambar je. Jadi, lebih jimat kalau aku DIY sendiri. Itu angan-angan sekarang la. Nanti-nanti aku tak tahu la menjadi ke tidak. At last, aku tempah kat orang jugak. Bayar duit, semua dah ready siap. Tapi kalau aku rajin, aku bercadang nak gabungkan design keempat-empat idea pelamin yang aku suka ni. Takde lah nak ikut 100%. 



Haish...Rambang mata sungguh tengok. Sampaikan adik aku kata "Kak jom buka kedai pengantin". hewhew. 


Wassalam.






Sunday 7 September 2014

Design Baju Tunang, Akad Nikah & Resepsi


Assalamualaikum!!!

Bismillah...


Ciritera mimpi di siang hari baru-baru ni akan aku abadikan di blog hari ini. Bukan hasil daripada mimpi di alam tidur tu. Tapi ini ciritera mimpi di siang hari, mimpi di alam jaga. Boleh juga dikatakan angan-angan mat jenin. Yang bezanya mat jenin berangan di atas pokok tapi aku berangan di depan PC. Inilah yang dinamakan mat jenin zaman moden. 

Design Baju Tunang

Step pertama selepas sesi merisik khabar berjaya mendapat persetujuan daripada si gadis, sudah semestinya dimulakan dengan rancangan untuk mengadakan majlis pertunangan. Search punya search macam-macam design baju yang aku jumpa. Tapi yang paling berkenan dihati adalah design yang dipakai masa akad nikah Syazreen & Azalie ni.

Picture credit to google.
Simple & cantik kan? Pertama kali tengok terus melekat di dalam hati. Kalau baju ni ada depan mata, memang aku pegang tak lepas dah. Tapi aku takmau pakai design ni masa akad nikah sebab masa akad nikah aku nak pakai design yang longgar sikit sesuai dengan majlis yang bakal berlangsung di masjid. Tapi aku memang admire sangat-sangat dengan design baju ni. Fikir punya fikir, akhirnya kata sepakat dengan hati berjaya juga diperolehi. Ok, takpe aku nak pakai masa tunang. Cukuplah buat tatapan ahli keluarga terdekat sahaja. Hati meronta-ronta tetap juga nak pakai design ni. Cuma warna je belum decide lagi. Done design baju untuk majlis tunang.



Design Baju Akad Nikah


Untuk majlis akad nikah aku plan nak pakai jubah moden warna putih. Nampak bersih & suci pakai baju warna putih masa akad nikah. Ia juga melambangkan pasangan yang baru dilahirkan seperti bayi yang suci & murni yang mengharapkan agar perjalanan masjid yang dibina mendapat rahmat & keberkatan daripada Allah. Design jubah moden pula dipilih kerana ia nampak sopan & melambangkan ciri-ciri peribadi muslimah yang solehah. 


Picture credit to google.
Picture credit to google.
Sejuk mata memandang tengok Irma Hasmie & Puteri Sarah Liyana pakai jubah masa majlis akad nikah mereka. 

Picture credit to ROTIKAYA.
Design baju yang Puteri Sarah Liyana pakai masa majlis resepsi ni pun cantik. Beading dia pun takde lah over sangat. Sesuai juga dipakai masa majlis akad nikah. Terus jadi rambang mata tak tau nak pilih design yang mana satu. 

Design Baju Majlis Resepsi


Bagi majlis resepsi pula, aku cadang nak pakai dress labuh yang sopan & simple. Biasanya di majlis resepsi ni pasangan pengantin akan menjadi perhatian umum. Jadi design baju tu biarlah yang tak mengikut bentuk badan sangat & tak terdedah di sana sini. Aku pula tak suka sangat baju yang sarat dengan lace, labuci & manik. Aku suka design yang simple & menutup aurat.


Picture credit to google.
Pertama kali tengok dress ni aku dah jatuh hati sangat-sangat dengan design & colour dia yang lembut. Memang dress ni sangat-sangat menepati ciri-ciri yang aku nak. Nanges tengok. T_T Terus rasa macam nak kawen esok je.


Picture credit to Blogger Namee Roslan.
Dress yang Cik Epal pakai ni pun aku suka sebab nampak sopan & simple. Masa tengok gambar Cik Epal pakai dress ni terus aku terbayang-bayang aku pakai dress soft pink kat atas tu. huhu. Terus jadi tak sabar nak tengok hasilnya. Kau pasangan pun non hado. Ini cuma angan-angan mat jenin je. Ok ok kembali ke alam realiti.

Picture credit to google.
Dan lagi bertambah rambang mata bila tengok dress yang isteri Jimmy Shanley ni pakai masa akad nikah. Mirip-mirip nak sama dengan design dress soft pink yang paling bertakhta di hati aku seperti yang tertera kat atas tu. Cuma takde ropol-ropol je kat bahagian kaki. Design yang Cik Epal pakai tu pun sama. Hampir serupa juga. 

Simple kan design-design yang aku suka ni? Love it! Bersederhana itu kan lebih baik.


Inilah hasil-hasil yang telah difinalisekan daripada banyak-banyak design yang aku search kat google. Rambang mata tengok. Macam-macam design ada. Kreatif betul designer-designer baju tu semua. 


Kata orang, berkahwin cuma sekali je. Jadi biarlah pakai pun voke habis. Nama pun Raja Sehari. Tapi bagi aku berkahwin ni untuk mencari redha Allah melalui alam perkahwinan. Nak kumpul pahala banyak-banyak. Jadi biarlah segala-galanya pun dimulakan dengan diberkati Allah.

Wassalam.