Assalamualaikum!!!
Bismillah...
Wehuuu!!! Mood berkobar-kobar. Tak sabarnya nak pergi belajar menjahit. Sapa nak ikut? Jommmm...Dah lama berhajat nak belajar menjahit tapi tak tahu nak berguru dengan siapa. Bulan lepas ada la kakak aku sibuk suruh aku pergi belajar menjahit dekat kolej komuniti. Masa tu memang kolej komuniti ada buat kelas kemahiran untuk hari yang sekian sekian & pogram yang sekian sekian. Belajar jahit baju kurung pesak selama 2 hari pada hari sabtu 2x sabtu berturut-turut. Tak mahal pun yuran dia. RM30 je untuk 1 kelas start dari pukul berapa ntah dah tak ingat. Kelas tu berlangsung selama 5 jam untuk 1 kelas. Masa tu dapat tahu pun dah last minute. Daftar pun belum lagi. Macam dah tak sempat. Lepastu nak kena pergi sorang-sorang pula. Memang tak semangat sangat nak pergi time tu.
Tapi tapi tapi tadi kan. Kebetulan masa tengah sibuk dok cari tukang jahit area Sg. Petani, kan aku teringin nak pakai jubah moden yang aku cerita kat >> SINI << tu. Semalam dah mesej sepupu aku yang ambil upah buat baju tu tanya dia. Sekali dia jawab dia tak boleh buat jubah moden. huh! Kecewa. Tak tahu mana nak cari, aku cuba la cari melalui internet. Sekali terjumpa fb page >> Kedai jahit kak midah << ni. Aku pun belek-belek la photo album Kak Midah tu dulu. Sekali tengok, wah sekali dengan mengajar orang yang nak belajar menjahit tuuu.
Apalagi, bagaikan orang mengantok disorongkan bantal la aku pun. huhu. Terus call tanya detail pasal kelas jahitan tu dengan berapa dia ambil kalau buat baju jubah moden. Aku pun mesej la kakak aku yang berminat juga nak belajar menjahit tu. Kata sepakat sudah dicapai nak pergi belajar menjahit dengan Kak Midah time cuti sekolah hujung tahun ni. Yeayyyy!!! Tak sabar dah ni. Kakak aku pun dah teruja. Tunggu dia balik cuti sekolah hujung tahun ni je. Memang hati dah gedik-gedik sangat nak pergi belajar ni. hihi.
Kelas yang Kak Midah buat tu ada 12 kali kelas dalam sebulan. Seminggu kena pergi kelas tiga hari. Boleh pilih nak hari Isnin, Selasa & Rabu atau hari Khamis, Jumaat & Sabtu. 1 hari Kak Midah ambil 5 orang je yang nak belajar dengan dia. Dan boleh pilih nak pergi kelas pagi atau petang. Sesi pagi start pukul 9.30 am - 12.30 pm. Sesi petang pula start pukul 2.30 pm - 5.30 pm. Biasanya hujung minggu penuh dengan orang yang bekerja pergi belajar time cuti.
Masa kelas tu nanti, macam-macam fesyen yang Kak Midah tu akan ajar kita. Ikut kita la nak belajar jahit baju apa. Baju kurung, baju kurung moden, kebaya, jubah, baju kanak-kanak dan apa-apa la design yang kita nak belajar. Puas hati kan? Dia akan ajar step by step la. Untuk bayaran tu korang kena la tanya Kak Midah sendiri ye. Yang pastinya tak mahal mana pun & berbaloi dengan ilmu yang kita dapat nanti. Tidak takde la aku excited nak pergi sangat ni. Sebelum terlupa, peralatan jahitan kita kena tanggung sendiri tak termasuk dengan yuran belajar. Peralatan tu mungkin alat-alat nak menjahit macam gunting, pembaris ukur, kertas minyak untuk buat pola baju, tali nak ukur ukuran badan tu orang panggil apa ntah & kain.
Kot la korang-korang dari Utara yang terbaca entri aku ni pun berminat boleh la contact nombor Kak Midah ni tanya pasal bayaran kelas tu nanti.
Kak Midah : 04-4253490 / 019-5596233
Semoga dipermudahkan segalanya. Amin. Masa-masa lapang yang ada ni dari buang masa tak buat apa, lebih baik kita pergi belajar kemahiran. Sekurang-kurangnya boleh tambah pendapatan sampingan. Mula-mula tu of course la tak pandai lagi. Belajar la jahit untuk diri sendiri & keluarga dulu. Esok-esok dah mahir barulah fikir nak lebarkan sayap ke apa. Tak gitu? Aku ni pun kebetulan susah sangat nak cari tukang jahit. Yang dah biasa pun dok jauh pula. Semua idea ni datang pun untuk isi masa lapang dannnn dah pandai nanti boleh jimat kos hantar upah jahit kat orang. Dah pandai jahit sendiri tinggal beli kain je. Takyah dah susah-susah nak cari tukang jahit lagi.
Wassalam.
Tak rugi belajar menjahit sebab boleh jadi side income. Tak pun dah tak perlu hantar upah org lain utk baju keluarga sendiri.
ReplyDeleteBetul tu. Setuju sgt.
Delete