Assalamualaikum!!!
Bismillah...
Kakak borek adik rintik. Itu lah yang boleh digambarkan buat adik saya yang bersama-sama terjebak dengan aktiviti kakaknya di masa lapang. Bukan saja bapak borek anak rintik je yang boleh mengaplikasikan istilah tu tau. Haa sekarang buktinya dah ada di depan mata pun.
Inilah bantal felt hasil kerja tangan adik saya. Not bad. Kagum juga la dengan hasil kerja dia walaupun pertama kali punya hasil agak mengecewakan sikit sebab bantal love baby pink tu bentuk dia jadi tak berapa nak cantik. Mungkin sebab pertama kali buat jahitan tu ataupun disebabkan oleh fiber yang berketul-ketul. Tapi bila dia adjust balik & cuba buat jahitan kali kedua guna material yang sama juga, hasilnya cukup memuaskan hati.
Yang kelakarnya mula-mula saya yang teringin nak buat benda-benda kreatif menggunakan kain felt. Dan bantal felt adalah salah satu idea yang berlegar-legar di kepala. Bila dah beli material semua, atlast lain yang jadinya. Si kakak sibuk teruja buat brooch bilamana hasil pertama yang membuatkan keterujaan itu berganda-ganda. Manakala si adik pula mula mengkonfidenkan diri buat bantal felt & hasilnya menjadi seperti yang dibayangkan. Haha. Terbalik sudah. Kakak pula yang tak konfiden dengan kekreatifan sendiri.
Apa-apa pun masing-masing dah berjaya merealisasikan bayangan masing-masing. Puas hati juga la dapat tengok hasil kerja sendiri. Sebelum ni asyik tengok hasil kerja orang lain je kat google. Yang penting kena percaya & yakin pada kebolehan diri. Tak cuba tak tahu. Tak gitu?
Cuti tinggal 3 hari saja lagi. Sekarang tengah memanfaatkan masa yang ada untuk menyiapkan brooch handmade by Iena Lina Rose seperti yang pernah ditunjukkan di Project DIY Brooch Ribbon Bow & Projek DIY Brooch Butterfly Ribbon Bow. Tinggal sikit je lagi dah nak siap. Hoyayyy!!!
Cuti tinggal 3 hari saja lagi. Sekarang tengah memanfaatkan masa yang ada untuk menyiapkan brooch handmade by Iena Lina Rose seperti yang pernah ditunjukkan di Project DIY Brooch Ribbon Bow & Projek DIY Brooch Butterfly Ribbon Bow. Tinggal sikit je lagi dah nak siap. Hoyayyy!!!
Wassalam.
No comments:
Post a Comment