Monday 18 May 2015

Border's Tea Famous di Sungai Petani


Assalamualaikum.




Haritu aku nampak dekat news feed facebook ada la 2, 3 ketul manusia dok post pasal air Bother's Tea. Katanya tengah famous di Sungai Petani sekarang. Mula tu macam agak surprise juga la nak tahu apa la yang special sangat dengan air tu. Aku ni memang selalu ketinggalan sikit, tapi atlast tahu juga awal sikit dari orang yang akhir sekali. Kira ok la tu kan. Masa tu hairan juga sebab tak pernah pun terserempak dengan kiosk Bother's Tea di mana-mana shopping mall berdekatan yang selalu aku terjah. Selalu dok tinjau-tinjau juga la. Macam mana orang boleh kata tengah famous sedangkan aku tak tahu menahu langsung pun.

Nak dijadikan cerita, aku selalu dok teringat-ingat nak makan durian crepe yang sedap tu. Yang ni pun penangan tengok orang post pasal durian dekat news feed facebook la. Mengalahkan orang mengandung yang mengidam. Ah sudah! Hebat penangan facebook kan. Sekali tu terserempak dengan orang yang jual durian tepi jalan masa balik kampung haritu. Jadi terbeli juga la 2 biji durian kahwin. Terbang RM64, Mahal gilaa! Tapi durian crepe jugak yang aku teringat. Selagi tak dapat, selagi tu la aku sebut nak.

Bagai pucuk dicita ulam mendatang, betul ke peribahasa ni? Aku ternampak la sorang kawan facebook post pasal durian crepe yang dia beli dekat Bother's Tea. Hey! Bother's Tea lagi. Tak boleh jadi ni. Aku kena cari juga. Hari Khamis haritu menonong la aku ajak adik aku pergi cari. Jenuh juga la kami pusing sekitar shopping mall Billion cari lambang Bpther's Tea tu. Tak jumpa-jumpa. Hampir putus asa juga la. Tapi alang-alang dah cari rugi pula rasa tak cari sampai jumpa. 




Pusing punya pusing, akhirnya jumpa juga kedai tu. Kedai Bother's Tea ni terletak area shopping mall Billion dan Cosmopoint. Kiranya di tengah-tengah antara dua tu la. Jenuh melilau cari. Tapi durian crepe yang dicari dah habis. Apa pun dapat juga la rasa air Bother's Tea yang tengah famous tu. Rezeki. Alhamdulillah. Nasib laa kedai buka. Tak sia-sia juga datang cari.

Rupanya Bother's Tea tu adalah jenama diorang kot. Ada 4 jenis perisa yang famous selalu customer minta katanya. Iaitu Green Tea Milk Ice, Tea Milk Ice, Cocoa Milk Ice & Coffee Milk Ice. Aku pun order la Coffee Milk Ice dan adik aku pula order Cocoa Milk Ice. Kononnya sebab nak rasa kan. Jadi beli la lain-lain perisa. Boleh tahan sedap juga rasa dia. Pekat bancuhannya. Yang paling best dan membuatkan kami teruja tu adalah saiznya yang besar. Boleh minum 2 orang kot 1 cup tu. Itu pun jenuh juga nak habiskan. Kami beli air tu pukul 5.00 p.m. Sampai ke malam dalam pukul 8.30 p.m baru boleh habiskan dan rasanya masih ok lagi. Itu kelebihan dia yang dapat aku rasa berbanding dengan air yang lain. Boleh order nak saiz larga ataupun extra large. Yang kami dapat tu saiz extra large. Patut la gedabak besar cup dia. RM4.50 harganya. Yang uniknya walaupun sudah disedut banyak kali, ketulan ais dia yang banyak tu makin lama akan mencair. Walaupun begitu, rasa dia tetap sedaapp.

Masa kami sampai kedai tu, punya la ramai orang beratur order. Itu yang paling menghairankan. Macam mana orang boleh tahu sedangkan punya la susah kami nak cari. Dengan signboard kedai pun tak ada. Cuma ada banner kecil ja kat depan kedai. Mungkin hebahan dari mulut ke mulut kot. Hebat! Kagum memang kagum. Dah order kena tunggu nama dipanggil dulu baru boleh pick up. Punya la nak cerita ramai orang yang order. Padahal jual air je pun. Tapi memang aku tak nafikan kelainan pada bungkusan dan rasa dia tu yang membuatkan air ni special. Selain daripada air yang special ni ada juga diorang jual durian crepe dan lain-lain lagi tu aku tak berapa pasti sangat. Sebabnya yang datang kebanyakannya aku tengok pakat order air je.

Lain hari aku nak pergi cari lagi durian crepe pulak. 

Wassalam.




Tuesday 12 May 2015

Tanggal 7 Mei yang lalu.


Assalamualaikum.



Ada apa dengan 7 Mei? Ya, tanggal 7 Mei itu lah lahirnya seorang puteri yang sangat comel di dunia ini. Semua puteri pun comel. Mana ada yang tak comel. Seperti tahun yang tertera pada gambar di atas. Tambah tolak darab bahagi semuanya pun sudah. Bermakna sudah 30 tahun pun berlalu.

Macam nak menangis terharu je angka dah berubah. tskkk...T_T 

Sudah 30 tahun rupanya aku hidup di dunia ini. Harini baru nak update. Sadisnyaa...wuwu. Internet ni memang dengki tau! Selalu je buat masalah. Sampaikan nak menulis pun terbantut. Harini dah 30 tahun 5 hari umur aku. Dah tak ada lagi istilah 20-an. Korang ingat muda lagi ke? Kadang-kadang aku pun lupa umur dah menginjak naik. 

Kalau dulu aku sibuk nak memburu impian yang tak pernah tercapai. Tapi hari ini aku belajar benda baru iaitu mencari makna hidup. 

Wassalam.





Wednesday 29 April 2015

Tempahan Pertama Bantal Felt


Assalamualaikum.

Apa tuu?? Ko ni bantal pun tak tau ke. Alaa bantal yang ko hias guna kain felt tu. Ko request la nak design macam mana pun. Pandai-pandai la orang yang buat tu nak menukang nanti. Perlu ke menukang bagai? Lantak ko lah. Untuk lebih drastik lagi, jom kite tengok balik entri ni >> Bantal Felt Kreatif by Adikku << Macam cantik je. Macam comel je. Kann. Haaa. Kelas kau dikk. Dah siap ada tempahan dari customer. Kalah kakak kau. Ape-ape je la. Janji ko bahagia.

"Kakk buh la kat blog bantal felt yang Siti buat kat kawan Siti tuu". 
(Dengan nada manja & mengada-ngadanya, merayu si adik)

"Hang buat la blog hang sendiri!". 
(Dengan rakusnya si kakak menjawab. kah kah kah.) Ok. Tipu.



Ok kak hang buh dah pun ni. Mai bayar kos sewa tapak untuk iklan. Kejam tak si kakak bertuah? haha :D

Apa? Ada lagi tempahan??? (Dengan riak terperanjatnya.) Wah! Wah!! Wahh!!! Dah melawan tokey nampak. Bantal felt aku jugak yang tak menjadi-jadi lagi.  (Gelak guling-guling)

Aku bukan apa. Kalau aku buat untuk diri sendiri nanti entah ke mana-mana je bantal tu aku humban. Dah la dalam bilik ni pun dah cukup banyak bantal. Tak pasal-pasal je nanti buat berhabuk je bantal felt aku tu. Dan lebih tragis lagi, tersadai sepi je di penjuru bilik di bawah katil.

Adik aku asalnya dia buat bantal felt yang warna pink tu untuk diri dia sendiri. Orang ada kereta kan. So dia buat untuk diletakkan di dalam kereta dia tu la. Lastly kawan dia pulak tertengok & terbekenan. Jadi la bantal kedua seperti di atas ni. Lepastuuu dia nak tempah lagi pulak dah. Maknanya dia puas hati la tu dengan kerja tangan adik aku ni.

Aku? Entah la. Aku pun belum test buat lagi. Tak tau la penyabar ke tidak aku nak menghadapinya nanti. Nak kata tak penyabar, macam bohong la pulak kan. Buktinya dah pun aku tunjuk yang brooch hasil air tangan aku tu. Ewahh. Ada bukti la pulak. Bhahaha. Tak nak kalah tau. Nanti rajin aku buat la satu design aku punya. Tengok adik punya ke kakak punya air tangan yang kebaabom!!! 

Wassalam.




Monday 20 April 2015

Idea doorgift di hari kenduri


Assalamualaikum.

Dah lama sebenarnya nak cerita. Tapi harini baru terasa nak menulis disini. Ya ampunnn punya la bapak pemalas! Takde la. Nak menulis mesti la kena time mood yang baik baru menjadi hasil tulisan tu. Kalau tak, ke laut la jawabnye. Tak gitu?

Ok. Back to the topic!


Haritu kan aku ada cerita tentang >> Pertama Kali Terlibat dengan Kemalangan yang Mengerikan <<. Masa tu kami dalam perjalanan untuk menghadiri majlis perkahwinan sahabat baikku di Kota Tinggi, Johor. Gambar di atas ni adalah majlis akad nikah yang telah berlangsung pada sebelah malam hari yang kami kemalangan tu. Alhamdulillah, berjaya juga sampai betul-betul waktu selesainya akad nikah berlangsung. Yang tak bestnya kawan aku tuan punya kereta yang accident tu, husbandnya & anaknya telah membatalkan agenda diorang untuk ke majlis sahabat kami ni. Mood diorang dah spoil! 

Keesokan harinya berlangsung pula majlis kenduri untuk para tetamu. Sebelum tibanya majlis tersebut, kawan aku ni ada la chatting dengan aku berkenaan dengan idea untuk dibuat doorgift kepada para tetamu yang hadir. Aku pun bukanlah mahir sangat bab tu. Tapi ada juga la idea yang keluar dari buah fikiran aku yang tak berapa kreatif ni. Daripada menyumbangkan idea, pengakhirannya ada buah tangan yang telah berjaya aku hasilkan untuk sahabatku itu.

Entah la. Tetiba je rajin pulak aku nak mengarang sebuah hadiah hasil air tanganku sendiri buat sahabat tercinta. Bila dah siap aku pun post la kepada beliau. Teruja betul dia. haha. Surprise!!!


Dan ini adalah antara komen dari beliau. Teruja pulak aku membacanya. fewfew. ;D


Siap post dalam facebook tuu. haha. Kembang kuncup aku yang membacanya. Ikhlas dari sahabat untuk sahabat. Memandangkan majlis pun dah beberapa bulan berakhir, harini aku terasa nak membocorkan rahsia isi di dalam kotak tersebut. Nak tengok tak?


Tadaa!!!


Eh! Eh! Macam pernah tengok je. Memang la pernah tengok pun. Cepuk kang! Kan ada cerita aku dengan gigihnya membelek bendaalah ni semua. Dah lupa? Meh sini aku nak ingatkan. 

Hey! kat sini la. Pi klik cepat!




Haha...dah ingat kan? Gooddd! Lepasni dah boleh ambik tempahan kot? hewhew. :D 

Wassalam.




Monday 23 March 2015

Cara menulis entri yang best!


Assalamualaikum.

2, 3 menjak ni page viewers aku mencanak-canak naik. Kerja siapa lagi kalau bukan aku yang punya angkara. hahaha. Gelak besar. :D Mentang-mentang la baru je lepas cuti seminggu kann. Jadi, di waktu kelapangan & kesempatan yang ada itu aku telah membelek-belek & membaca semula tulisan-tulisan tu semua. Macam biasa, aku akan memberi sedikit komen untuk memperbaiki kualiti & mutu keunggulan next post nanti.

Aku selak dari 1st entri lagi tau!. Haa rajin tak kak ton?   

Mula-mula baca macam seronok je. Macam je la kan. Lepas tu, 15% ke hadapan lagi aku rasa macam lemau jekkk. Tiba-tiba pulak terasa bosan. Alahaiii lemah gemalainya tulisannn. Pastu aku mula la nak skip skip entri. huhuhu. Tak baik tau. Sendiri punya tulis tuu. Komen jujur ni. Hampir nak ke hujung-hujung sikit aku rasa entah hape-hape jek tulis. Tak kreatif langsung! huh. Malas dah aku nak tulis. Heyyy! Mana bolehhh. 

Tau tak kenapa? 

Meh sini aku nak cerita & memberi sedikit cadangan yang aku rasa-rasa agak sesuai untuk digunakan. Situasi ini berlaku kepada diri aku sendiri. 

1. Tulisan yang memberi inspirasi

Aku suka baca tulisan-tulisan yang memberi inspirasi kepada masyarakat umum yang dahagakan motivasi dalaman. Jadi, di setiap penceritaan, perlulah diselitkan bahan-bahan yang memberi inspirasi supaya entri tersebut bukanlah entri yang sia-sia ditulis. Percuma je dapat pahala disitu. 

2. Ada unsur-unsur kelucuan

Supaya tak boring & membosankan, setiap tulisan mestilah ada unsur-unsur kelucuan. Kemudian aku rasa nak baca lagi & lagi sebab aku rasa anehnya manusia ini kerana mampu memberikan kecerian kepada orang ramai yang membacanya. Hati aku pun terhibur. Hilang habis stress semua. 

3. Santai & tak skema sangat

Bila baca tulisan yang terlalu skema kadang-kadang aku pun terbuai-buai jugak dengan tulisan tersebut. Tapi sampai satu tahap aku akan mula merasa bosan. Boleh jadi jugak begitu. Kadang-kadang aku suka baca tulisan yang santai. Dan kadang-kadang juga aku enjoy je baca tulisan yang skema. Mungkin darah skema itu telah mengalir sejak azali lagi. Gaya santai itu pula hanya aku sendiri yang memahami bila waktu aku terasa nak bersantai. Jadi, dua-dua versi pun tak salah sebenarnya. Tapi kena la pandai menyusun ayat.

Setakat ni, 3 point ni je yang terlintas di kepala. Kalau ada lagi nanti, akan aku update di lain entri. Bolehhh? Suka hati aku la kan. Blog aku. :D 

Selamat meningkatkan kualiti & mutu keunggulan. 
Enjoy your writting!

Wassalam.





Friday 20 March 2015

Tentang JODOH


Assalamualaikum.

Rajin pulak aku nak menulis pagi-pagi begini. Pagi-pagi lagi dah terinspirasi. Lantas aku pun buka la laptop & on PC macam biasa. Membuang tebiat di pagi hari. Harini & esok masih cuti. Esok lusa kan dah sekolah. Bila lagi aku nak menaip kalau bukan di hari-hari cuti begini.

Di satu tengahari yang rembang.

"Berapa umur awak sekarang??"

Aku pun menjawab "Dah masuk XX dah pun tahun ni". (Malu pulak aku nak publish umurku disini. Tunggu sikit hari lagi akan kuumumkan. Insha Allah. haha. Tak wajib pun kan. Orang tak kesah kot.)

"Ada planning nak menikah tak? Takkan takde orang yang masuk lagi kot?".

"Dulu ada la. Tapi masa tu saya takmau lagi. "

"Erm, tengah belajar lagi kot masa tu?"

"A,ah masa tu tengah belajar lagi." (Apehal la pulak dia tanya ni? Konfius-konfius.)

"Sekarang ni kosong la?"

Dengan lemahnya aku menjawab lagi bagi pihak diri. "Hurmmm...kosong lagi". 
(Penat dah aku nak menjawab.)

"Mak ayah ada lagi?"

"Dua-dua ada lagi".

"Takpe ke saya tanya soalan peribadi macam ni?'

"Dah orang tanya takkan saya nak jawab tak boleh kot kan. Orang tanya, jawab je lah".

Lebih kurang begitu lah antara perbualannya. Aku pun sudah ingat-ingat lupa. Dan ceritanya pun sudah dipendekkan supaya aku tak boring pula nak membaca semula nanti. Asalkan maksud dan ceritanya sampai sudah la. Soal jodoh seringkali & acapkali datang bertubi-tubi sampai jenuh jugak la aku nak tepis. Okeylah aku jawab je la kat sini walaupun aku tahu korang bukan tau pun aku ada blog. hihi. Good good good!!! Takde la aku termalu sendiri. 

Bohong la kalau aku kata aku takde langsung naluri ke arah tu. Bukan manusia yang normal la jawabnya. Sedangkan Allah menciptakan manusia berpasang-pasangan. Nabi Adam pun diturunkan ke bumi & dipertemukan dengan Hawa. Rasullullah pun tak mengaku umatnya andaikata kita menolak perkahwinan. Perkahwinan itu kan satu ibadah dan sunnah Rasullullah.

Pernah aku cuba menasihati temanku berkenaan urusan jodoh ni. Jodoh yang tidak kunjung tiba. Penat mencari dah katanya. Semua tak lekat. Kahwin lambat nanti pencen anak kecik lagi. Taknak la macam tu. Terkedu aku sambil memikir-mikirkan sesuatu. Sapa la kita yang nak melawan takdirNYA. Kita cuma merancang tapi DIA yang menentukan. DIA lah sebaik-baik perancang. Mungkin jodoh lambat sebab Allah nak kita didik hati & diri kita dulu supaya menjadi insan terbaik untuk digandingkan bersama yang terbaik juga.

Laki-laki yang baik adalah untuk perempuan-perempuan yang baik. Perempuan-perempuan yang baik adalah untuk laki-laki yang baik. Kena ingat tu. Teringat aku pada kata-kata nasihat seorang guru senior di sekolahku di satu ketika aku menemaninya ke hospital. Dalam perjalanan menghantarnya pulang, soal jodoh juga yang dibangkitkan. Tiada soalan lainkah yang nak ditanya? 

Mungkin setiap kejadian itu ada pengajaranNYA disitu. Allah sedang menegur kita. Tidak aku nafikan kita nak pasangan yang baik. Sedangkan diri kita sendiri pun belum cukup baik. Macam mana Allah nak gandingkan kita dengan orang yang baik-baik? Jadi bersangka baiklah. Yang penting perbetulkan diri sendiri tu dulu. Jadi manusia yang lebih baik. Baru Allah datangkan orang yang baik-baik pada kita.

JODOH ITU RAHSIA ALLAH.

Wassalam.





Keyakinan Diri


Assalamualaikum.

Dulu masa zaman sekolah dulu-dulu kalau bab mengarang ni memang aku terror. Tapi entah kenapa sekarang aku rasa penulisan aku di blog ni macam something wrong somewhere je. Ke perasaan aku je tu? Aku pun tak pasti. Apa yang aku tahu, bila baca tulisan blogger lain, rasa macam seronokk je. Macam bessttt je. Mai tang tulisan sendiri pulak ada ke patut kadang-kadang aku rasa macam best, kadang-kadang tu macam lemau & lebih teruk lagi aku rasa macam membosankan. 

Tak patut kan? haha. Memang tak patut. 

Komen untuk diri sendiri yang tak membina langsung. Cuba bagi kata-kata perangsang & motivasi diri yang bagus sikit untuk didengar. Siapa lagi kalau bukan aku sendiri jugak la yang selalu dok selak-selak & godek-godek blog ni baca tulisan sendiri. Aku tulis, aku baca & aku komen. Pastu tersenyum sorang-sorang. Apesal eh jadi cenggitu? Ada sekali dua tiga kali tu rasa macam nak tutup blog pun ada jugak. Hairan bin ajaib bukan? Bila takde tergedik-gedik pulak nak ada.

Lalu, tanpa disuruh-suruh aku pun mula la mencari-cari solusi & punca di sebalik semua rasa itu. Kadang-kadang aneh juga. Salah satu punca yang dapat dikenalpasti adalah KEYAKINAN DIRI. Ya. Keyakinan diri itu sangat penting dan perlu dipupuk dari masa ke semasa. Ia tak datang dengan sekelip mata je tanpa perlu berbuat apa-apa. Tapi perlu dilatih supaya potensi diri berkembang dan dapat dimanfaatkan.

Prof. Muhaya kata kalau kita buat sesuatu perkara tu bila niat kita adalah mencari redha Allah, Insha Allah semua perkara akan menjadi mudah. Tapi kalau kita asyik berfikir & melihat apa orang akan kata, kita takkan kemana-mana. Semua benda akan jadi takut & tiada keyakinan diri. Lebih kurang macam tu la maksud dia.

Sebab tu la kita jadi takut nak naik ke pentas & berucap. Sebab kita asyik fikir kalau salah nanti apa orang kata. Betul ke betul? Jadi apalagi, selalulah cek balik apa tujuan kita. Bila aku imbas balik nostalgia kehidupan aku, nostalgia la pulak. Macam-macam. Tergelak aku dengan tulisan sendiri. 

Tidak aku nafikan melainkan semuanya benar belaka. Kalau tak benar pun ada la sikit kot yang bertentangan. Semua orang ada pendapat masing-masing. Apa yang pasti keyakinan diri itu penting. Pedulikan kata orang! Berfikiran positif & berlapang dada itu kan lebih baik untuk mengelakkan rasa yang tidak ketentuan hala itu. 

Wassalam.





Friday 13 March 2015

Setiap Pengorbanan Ada Ganjaran Dari-NYA


Assalamualaikum!!!

Lately ni mata rasa bengkak macam PANDA! Ada penegasan disitu. Sesungguhnya masih terasa lagi di waktu dan ketika ini. Rasa nak tidurrr lagi. Pengorbanan seorang guru. Baru kini kurasa. Cuti seminggu nak qada tidur yang tak cukup. Cuti yang kadangkala bukanlah dinikmati secara totally. Kejap lagi SAPS menunggu aku untuk menyetlekan kerja yang masih terbengkalai lagi. hah. Sapa kata cikgu cuti seminggu?

Sebenarnya tadi aku nak tidur. Tapi kugagahi juga supaya tidak tidur. Kemudian aku on PC untuk menyetelkan SAPS yang masih belum sempurna. Tapi tersangkut pulak di draft blog. Terasa ingin pula aku mencalitkan sesuatu disini.


Ini cerita semalam. Teringat waktu sekolah dulu-dulu. Rindu! 

Seminggu sebelum cuti yang sangat memerlukan tenaga kami guru-guru untuk berhempas pulas menyiapkan itu dan ini. Tapi sebenarnya bukan seminggu pun banyak minggu. Kerja yang tak pernah berhenti. Sungguh banyak agenda yang perlu diselesaikan dari masa ke semasa. Bukan senang nak maraih rezeki yang bersih. Bak kata salah seorang teman guruku. Betul. Sungguh aku setuju.

Bila aku lihat wajah satu persatu anak murid aku, rasa bersalahnyaaa aku seandainya amanah yang diberi takku laksanakan sebaiknya. Rasa berdosa! T_T Sedangkan itu hak mereka yang patut aku tunaikan. Jika hari ini tak berdaya, akan aku top up balik di lain hari. Janji!

Aku cuba praktikkan supaya masuk kelas awal dan tidak keluar kelas sebelum waktunya. Itu hak pelajar. Wajib aku tunaikan. Prof Dr. Muhaya kata kerjaya guru ni boleh jadi ladang pahala & boleh juga jadi ladang dosa andaikata kita tersalah mencorakkanya. Prof kata lagi, untuk jadi pekerja yang hebat, jadilah hamba Allah yang baik dulu baru menjadi pekerjaan itu. 

Terima kasih Prof. Aku suka sangat dengar kata-kata nasihat dari Prof. Salah satunya yang bertajuk : 'CELIK MATA RESET MINDA GURU'. Serius semangat untuk berbakti seikhlas hati kembali membuak-buak. IKHLAS kita manusia tak nampak dengan mata. Tapi Allah nampak. Tapi seringkali kita merungut begitu & begini. Ikhlaskah itu?

Wassalam.





Friday 6 March 2015

Hidup tak seindah khabar dari rupa.


Assalamualaikum!!!

Hai blog. Kangennya sama kamu. Lama tak menulis. Mari kita menulis. haha. Nak tulis apa? Dah lama tak menulis. Sel-sel otak sudah tidak berkembang. 

Sepatutnya kita mulakan entri dengan azam baru. Tapi dah masuk bulan 3 pun. Azam pe kebendanye lagi haihh. Azam tak payah tunggu awal tahun. Hari-hari mulakan hari dengan azam dan semangat baru. Yang semalam biarkan berlalu. Anggap saja itu mimpi-mimpi indah yang hadir di alam tidur. Walaupun itu bukanlah mimpi. Biarpun bukanlah seindah khabar dari rupa. Buat-buat indah sudah la. Pasti hari-hari yang mendatang akan menjadi lebih indah. Tudiaaa...bersangka baik dengan setiap kejadian yang berlalu. Bagus sekali. Mari kita bersangka baik. 

Entah! Tak tahu nak tulis apa. Selalu je idea datang spontan time bermonolog dengan diri sendiri. Kepala menerawang jauh entah ke mana. Waktu tu mencanak-canak ilham datang. Rugi kan. Memang rugi sebab tak dapat diabadikan disini. Berlalu ditiup angin sepoi entah kemana-mana pergi. Cerita dan kata-kata yang mungkin boleh dijadikan pedoman disini. Apa nak buat. Dah hilang macam tu saja.

Apa khabar semuaa?? haha. Baru nak bertanya khabar. 

Biarpun penat melangkah, teruskan melangkah. Andai terjatuh bangun semula. Cekalkan hati. Kuatkan tekad. Tanya diri untuk apa kita dihidupkan. Kadang-kadang kita lupa dan alpa. Sibuk mencari dunia mungkin. Betul. Dunia bagaikan satu taman permainan. Kadangkala kita bertanya kenapa dan kenapa. Usah ditanya. Sampai masa kita akan faham. Entah bila kita tunggu saja.

Sehebat manapun perancangan kita, hebat lagi rancangan DIA di atas sana. Berserah saja segalanya pada DIA. Mungkin rencana itu yang terbaik untuk kita.

Wassalam.