Assalamualaikum.
Dulu masa zaman sekolah dulu-dulu kalau bab mengarang ni memang aku terror. Tapi entah kenapa sekarang aku rasa penulisan aku di blog ni macam something wrong somewhere je. Ke perasaan aku je tu? Aku pun tak pasti. Apa yang aku tahu, bila baca tulisan blogger lain, rasa macam seronokk je. Macam bessttt je. Mai tang tulisan sendiri pulak ada ke patut kadang-kadang aku rasa macam best, kadang-kadang tu macam lemau & lebih teruk lagi aku rasa macam membosankan.
Tak patut kan? haha. Memang tak patut.
Komen untuk diri sendiri yang tak membina langsung. Cuba bagi kata-kata perangsang & motivasi diri yang bagus sikit untuk didengar. Siapa lagi kalau bukan aku sendiri jugak la yang selalu dok selak-selak & godek-godek blog ni baca tulisan sendiri. Aku tulis, aku baca & aku komen. Pastu tersenyum sorang-sorang. Apesal eh jadi cenggitu? Ada sekali dua tiga kali tu rasa macam nak tutup blog pun ada jugak. Hairan bin ajaib bukan? Bila takde tergedik-gedik pulak nak ada.
Lalu, tanpa disuruh-suruh aku pun mula la mencari-cari solusi & punca di sebalik semua rasa itu. Kadang-kadang aneh juga. Salah satu punca yang dapat dikenalpasti adalah KEYAKINAN DIRI. Ya. Keyakinan diri itu sangat penting dan perlu dipupuk dari masa ke semasa. Ia tak datang dengan sekelip mata je tanpa perlu berbuat apa-apa. Tapi perlu dilatih supaya potensi diri berkembang dan dapat dimanfaatkan.
Prof. Muhaya kata kalau kita buat sesuatu perkara tu bila niat kita adalah mencari redha Allah, Insha Allah semua perkara akan menjadi mudah. Tapi kalau kita asyik berfikir & melihat apa orang akan kata, kita takkan kemana-mana. Semua benda akan jadi takut & tiada keyakinan diri. Lebih kurang macam tu la maksud dia.
Sebab tu la kita jadi takut nak naik ke pentas & berucap. Sebab kita asyik fikir kalau salah nanti apa orang kata. Betul ke betul? Jadi apalagi, selalulah cek balik apa tujuan kita. Bila aku imbas balik nostalgia kehidupan aku, nostalgia la pulak. Macam-macam. Tergelak aku dengan tulisan sendiri.
Tidak aku nafikan melainkan semuanya benar belaka. Kalau tak benar pun ada la sikit kot yang bertentangan. Semua orang ada pendapat masing-masing. Apa yang pasti keyakinan diri itu penting. Pedulikan kata orang! Berfikiran positif & berlapang dada itu kan lebih baik untuk mengelakkan rasa yang tidak ketentuan hala itu.
Wassalam.
No comments:
Post a Comment