Monday 23 March 2015

Cara menulis entri yang best!


Assalamualaikum.

2, 3 menjak ni page viewers aku mencanak-canak naik. Kerja siapa lagi kalau bukan aku yang punya angkara. hahaha. Gelak besar. :D Mentang-mentang la baru je lepas cuti seminggu kann. Jadi, di waktu kelapangan & kesempatan yang ada itu aku telah membelek-belek & membaca semula tulisan-tulisan tu semua. Macam biasa, aku akan memberi sedikit komen untuk memperbaiki kualiti & mutu keunggulan next post nanti.

Aku selak dari 1st entri lagi tau!. Haa rajin tak kak ton?   

Mula-mula baca macam seronok je. Macam je la kan. Lepas tu, 15% ke hadapan lagi aku rasa macam lemau jekkk. Tiba-tiba pulak terasa bosan. Alahaiii lemah gemalainya tulisannn. Pastu aku mula la nak skip skip entri. huhuhu. Tak baik tau. Sendiri punya tulis tuu. Komen jujur ni. Hampir nak ke hujung-hujung sikit aku rasa entah hape-hape jek tulis. Tak kreatif langsung! huh. Malas dah aku nak tulis. Heyyy! Mana bolehhh. 

Tau tak kenapa? 

Meh sini aku nak cerita & memberi sedikit cadangan yang aku rasa-rasa agak sesuai untuk digunakan. Situasi ini berlaku kepada diri aku sendiri. 

1. Tulisan yang memberi inspirasi

Aku suka baca tulisan-tulisan yang memberi inspirasi kepada masyarakat umum yang dahagakan motivasi dalaman. Jadi, di setiap penceritaan, perlulah diselitkan bahan-bahan yang memberi inspirasi supaya entri tersebut bukanlah entri yang sia-sia ditulis. Percuma je dapat pahala disitu. 

2. Ada unsur-unsur kelucuan

Supaya tak boring & membosankan, setiap tulisan mestilah ada unsur-unsur kelucuan. Kemudian aku rasa nak baca lagi & lagi sebab aku rasa anehnya manusia ini kerana mampu memberikan kecerian kepada orang ramai yang membacanya. Hati aku pun terhibur. Hilang habis stress semua. 

3. Santai & tak skema sangat

Bila baca tulisan yang terlalu skema kadang-kadang aku pun terbuai-buai jugak dengan tulisan tersebut. Tapi sampai satu tahap aku akan mula merasa bosan. Boleh jadi jugak begitu. Kadang-kadang aku suka baca tulisan yang santai. Dan kadang-kadang juga aku enjoy je baca tulisan yang skema. Mungkin darah skema itu telah mengalir sejak azali lagi. Gaya santai itu pula hanya aku sendiri yang memahami bila waktu aku terasa nak bersantai. Jadi, dua-dua versi pun tak salah sebenarnya. Tapi kena la pandai menyusun ayat.

Setakat ni, 3 point ni je yang terlintas di kepala. Kalau ada lagi nanti, akan aku update di lain entri. Bolehhh? Suka hati aku la kan. Blog aku. :D 

Selamat meningkatkan kualiti & mutu keunggulan. 
Enjoy your writting!

Wassalam.





Friday 20 March 2015

Tentang JODOH


Assalamualaikum.

Rajin pulak aku nak menulis pagi-pagi begini. Pagi-pagi lagi dah terinspirasi. Lantas aku pun buka la laptop & on PC macam biasa. Membuang tebiat di pagi hari. Harini & esok masih cuti. Esok lusa kan dah sekolah. Bila lagi aku nak menaip kalau bukan di hari-hari cuti begini.

Di satu tengahari yang rembang.

"Berapa umur awak sekarang??"

Aku pun menjawab "Dah masuk XX dah pun tahun ni". (Malu pulak aku nak publish umurku disini. Tunggu sikit hari lagi akan kuumumkan. Insha Allah. haha. Tak wajib pun kan. Orang tak kesah kot.)

"Ada planning nak menikah tak? Takkan takde orang yang masuk lagi kot?".

"Dulu ada la. Tapi masa tu saya takmau lagi. "

"Erm, tengah belajar lagi kot masa tu?"

"A,ah masa tu tengah belajar lagi." (Apehal la pulak dia tanya ni? Konfius-konfius.)

"Sekarang ni kosong la?"

Dengan lemahnya aku menjawab lagi bagi pihak diri. "Hurmmm...kosong lagi". 
(Penat dah aku nak menjawab.)

"Mak ayah ada lagi?"

"Dua-dua ada lagi".

"Takpe ke saya tanya soalan peribadi macam ni?'

"Dah orang tanya takkan saya nak jawab tak boleh kot kan. Orang tanya, jawab je lah".

Lebih kurang begitu lah antara perbualannya. Aku pun sudah ingat-ingat lupa. Dan ceritanya pun sudah dipendekkan supaya aku tak boring pula nak membaca semula nanti. Asalkan maksud dan ceritanya sampai sudah la. Soal jodoh seringkali & acapkali datang bertubi-tubi sampai jenuh jugak la aku nak tepis. Okeylah aku jawab je la kat sini walaupun aku tahu korang bukan tau pun aku ada blog. hihi. Good good good!!! Takde la aku termalu sendiri. 

Bohong la kalau aku kata aku takde langsung naluri ke arah tu. Bukan manusia yang normal la jawabnya. Sedangkan Allah menciptakan manusia berpasang-pasangan. Nabi Adam pun diturunkan ke bumi & dipertemukan dengan Hawa. Rasullullah pun tak mengaku umatnya andaikata kita menolak perkahwinan. Perkahwinan itu kan satu ibadah dan sunnah Rasullullah.

Pernah aku cuba menasihati temanku berkenaan urusan jodoh ni. Jodoh yang tidak kunjung tiba. Penat mencari dah katanya. Semua tak lekat. Kahwin lambat nanti pencen anak kecik lagi. Taknak la macam tu. Terkedu aku sambil memikir-mikirkan sesuatu. Sapa la kita yang nak melawan takdirNYA. Kita cuma merancang tapi DIA yang menentukan. DIA lah sebaik-baik perancang. Mungkin jodoh lambat sebab Allah nak kita didik hati & diri kita dulu supaya menjadi insan terbaik untuk digandingkan bersama yang terbaik juga.

Laki-laki yang baik adalah untuk perempuan-perempuan yang baik. Perempuan-perempuan yang baik adalah untuk laki-laki yang baik. Kena ingat tu. Teringat aku pada kata-kata nasihat seorang guru senior di sekolahku di satu ketika aku menemaninya ke hospital. Dalam perjalanan menghantarnya pulang, soal jodoh juga yang dibangkitkan. Tiada soalan lainkah yang nak ditanya? 

Mungkin setiap kejadian itu ada pengajaranNYA disitu. Allah sedang menegur kita. Tidak aku nafikan kita nak pasangan yang baik. Sedangkan diri kita sendiri pun belum cukup baik. Macam mana Allah nak gandingkan kita dengan orang yang baik-baik? Jadi bersangka baiklah. Yang penting perbetulkan diri sendiri tu dulu. Jadi manusia yang lebih baik. Baru Allah datangkan orang yang baik-baik pada kita.

JODOH ITU RAHSIA ALLAH.

Wassalam.





Keyakinan Diri


Assalamualaikum.

Dulu masa zaman sekolah dulu-dulu kalau bab mengarang ni memang aku terror. Tapi entah kenapa sekarang aku rasa penulisan aku di blog ni macam something wrong somewhere je. Ke perasaan aku je tu? Aku pun tak pasti. Apa yang aku tahu, bila baca tulisan blogger lain, rasa macam seronokk je. Macam bessttt je. Mai tang tulisan sendiri pulak ada ke patut kadang-kadang aku rasa macam best, kadang-kadang tu macam lemau & lebih teruk lagi aku rasa macam membosankan. 

Tak patut kan? haha. Memang tak patut. 

Komen untuk diri sendiri yang tak membina langsung. Cuba bagi kata-kata perangsang & motivasi diri yang bagus sikit untuk didengar. Siapa lagi kalau bukan aku sendiri jugak la yang selalu dok selak-selak & godek-godek blog ni baca tulisan sendiri. Aku tulis, aku baca & aku komen. Pastu tersenyum sorang-sorang. Apesal eh jadi cenggitu? Ada sekali dua tiga kali tu rasa macam nak tutup blog pun ada jugak. Hairan bin ajaib bukan? Bila takde tergedik-gedik pulak nak ada.

Lalu, tanpa disuruh-suruh aku pun mula la mencari-cari solusi & punca di sebalik semua rasa itu. Kadang-kadang aneh juga. Salah satu punca yang dapat dikenalpasti adalah KEYAKINAN DIRI. Ya. Keyakinan diri itu sangat penting dan perlu dipupuk dari masa ke semasa. Ia tak datang dengan sekelip mata je tanpa perlu berbuat apa-apa. Tapi perlu dilatih supaya potensi diri berkembang dan dapat dimanfaatkan.

Prof. Muhaya kata kalau kita buat sesuatu perkara tu bila niat kita adalah mencari redha Allah, Insha Allah semua perkara akan menjadi mudah. Tapi kalau kita asyik berfikir & melihat apa orang akan kata, kita takkan kemana-mana. Semua benda akan jadi takut & tiada keyakinan diri. Lebih kurang macam tu la maksud dia.

Sebab tu la kita jadi takut nak naik ke pentas & berucap. Sebab kita asyik fikir kalau salah nanti apa orang kata. Betul ke betul? Jadi apalagi, selalulah cek balik apa tujuan kita. Bila aku imbas balik nostalgia kehidupan aku, nostalgia la pulak. Macam-macam. Tergelak aku dengan tulisan sendiri. 

Tidak aku nafikan melainkan semuanya benar belaka. Kalau tak benar pun ada la sikit kot yang bertentangan. Semua orang ada pendapat masing-masing. Apa yang pasti keyakinan diri itu penting. Pedulikan kata orang! Berfikiran positif & berlapang dada itu kan lebih baik untuk mengelakkan rasa yang tidak ketentuan hala itu. 

Wassalam.





Friday 13 March 2015

Setiap Pengorbanan Ada Ganjaran Dari-NYA


Assalamualaikum!!!

Lately ni mata rasa bengkak macam PANDA! Ada penegasan disitu. Sesungguhnya masih terasa lagi di waktu dan ketika ini. Rasa nak tidurrr lagi. Pengorbanan seorang guru. Baru kini kurasa. Cuti seminggu nak qada tidur yang tak cukup. Cuti yang kadangkala bukanlah dinikmati secara totally. Kejap lagi SAPS menunggu aku untuk menyetlekan kerja yang masih terbengkalai lagi. hah. Sapa kata cikgu cuti seminggu?

Sebenarnya tadi aku nak tidur. Tapi kugagahi juga supaya tidak tidur. Kemudian aku on PC untuk menyetelkan SAPS yang masih belum sempurna. Tapi tersangkut pulak di draft blog. Terasa ingin pula aku mencalitkan sesuatu disini.


Ini cerita semalam. Teringat waktu sekolah dulu-dulu. Rindu! 

Seminggu sebelum cuti yang sangat memerlukan tenaga kami guru-guru untuk berhempas pulas menyiapkan itu dan ini. Tapi sebenarnya bukan seminggu pun banyak minggu. Kerja yang tak pernah berhenti. Sungguh banyak agenda yang perlu diselesaikan dari masa ke semasa. Bukan senang nak maraih rezeki yang bersih. Bak kata salah seorang teman guruku. Betul. Sungguh aku setuju.

Bila aku lihat wajah satu persatu anak murid aku, rasa bersalahnyaaa aku seandainya amanah yang diberi takku laksanakan sebaiknya. Rasa berdosa! T_T Sedangkan itu hak mereka yang patut aku tunaikan. Jika hari ini tak berdaya, akan aku top up balik di lain hari. Janji!

Aku cuba praktikkan supaya masuk kelas awal dan tidak keluar kelas sebelum waktunya. Itu hak pelajar. Wajib aku tunaikan. Prof Dr. Muhaya kata kerjaya guru ni boleh jadi ladang pahala & boleh juga jadi ladang dosa andaikata kita tersalah mencorakkanya. Prof kata lagi, untuk jadi pekerja yang hebat, jadilah hamba Allah yang baik dulu baru menjadi pekerjaan itu. 

Terima kasih Prof. Aku suka sangat dengar kata-kata nasihat dari Prof. Salah satunya yang bertajuk : 'CELIK MATA RESET MINDA GURU'. Serius semangat untuk berbakti seikhlas hati kembali membuak-buak. IKHLAS kita manusia tak nampak dengan mata. Tapi Allah nampak. Tapi seringkali kita merungut begitu & begini. Ikhlaskah itu?

Wassalam.





Friday 6 March 2015

Hidup tak seindah khabar dari rupa.


Assalamualaikum!!!

Hai blog. Kangennya sama kamu. Lama tak menulis. Mari kita menulis. haha. Nak tulis apa? Dah lama tak menulis. Sel-sel otak sudah tidak berkembang. 

Sepatutnya kita mulakan entri dengan azam baru. Tapi dah masuk bulan 3 pun. Azam pe kebendanye lagi haihh. Azam tak payah tunggu awal tahun. Hari-hari mulakan hari dengan azam dan semangat baru. Yang semalam biarkan berlalu. Anggap saja itu mimpi-mimpi indah yang hadir di alam tidur. Walaupun itu bukanlah mimpi. Biarpun bukanlah seindah khabar dari rupa. Buat-buat indah sudah la. Pasti hari-hari yang mendatang akan menjadi lebih indah. Tudiaaa...bersangka baik dengan setiap kejadian yang berlalu. Bagus sekali. Mari kita bersangka baik. 

Entah! Tak tahu nak tulis apa. Selalu je idea datang spontan time bermonolog dengan diri sendiri. Kepala menerawang jauh entah ke mana. Waktu tu mencanak-canak ilham datang. Rugi kan. Memang rugi sebab tak dapat diabadikan disini. Berlalu ditiup angin sepoi entah kemana-mana pergi. Cerita dan kata-kata yang mungkin boleh dijadikan pedoman disini. Apa nak buat. Dah hilang macam tu saja.

Apa khabar semuaa?? haha. Baru nak bertanya khabar. 

Biarpun penat melangkah, teruskan melangkah. Andai terjatuh bangun semula. Cekalkan hati. Kuatkan tekad. Tanya diri untuk apa kita dihidupkan. Kadang-kadang kita lupa dan alpa. Sibuk mencari dunia mungkin. Betul. Dunia bagaikan satu taman permainan. Kadangkala kita bertanya kenapa dan kenapa. Usah ditanya. Sampai masa kita akan faham. Entah bila kita tunggu saja.

Sehebat manapun perancangan kita, hebat lagi rancangan DIA di atas sana. Berserah saja segalanya pada DIA. Mungkin rencana itu yang terbaik untuk kita.

Wassalam.