Thursday 5 May 2016

KEMUNCULAN SEMULA - 5 MEI 2016

Assalamualaikum...

Hampir setahun blog Iena Lina Rose diprivatekan dari bacaan umum. Dan, hampir setahun juga tak pernah langsung menulis di sini. Kononnya nak pencen menulis dah. Tetapi disebabkan minat dalam bidang penulisan itu masih tinggi, rasa macam taknak stop lagi. Keinginan untuk menulis semula dah datang tanpa diundang. Jadi, kita teruskan saja.

Hari ini Khamis bersamaan dengan 5 Mei 2016, bersempena dengan 3 bulan penubuhan IenaLina's Cafe aku ingin membuka semula blog Iena Lina Rose ini umtuk bacaan umum. Semoga segala perkongsian ada manfaat yang boleh diambil di sini & mudah-mudahan Allah redha. 

Untuk entri yang pertama selepas setahun aku menyepikan diri, hari ini aku ingin memperkenalkan kepada anda semua aktiviti-aktiviti aku yang terbaru. Di saat orang lain seusia aku sibuk melayan suami & mengelek anak, inilah dia anak-anak aku versi orang bujang. 

1. IenaLina's Cafe



Harini 5/5/2016, genap 3 bulan dah IenaLina's Cafe beroperasi. Apa yang aku boleh katakan, tak mudah sebenarnya nak maintainkan cashflow harian. Tetapi aku seronok dengan aktiviti baru ini. 

2. Rose Xaviera Boutique (Online)



Bersempena dengan 3 bulan penubuhan IenaLina's Cafe, hari ini 5/5/2016 aku ingin merasmikan penubuhan Rose Xaviera Boutique pula. Setakat ini, Rose Xaviera Boutique hanya beroperasi secara online sahaja. 

Doakan aku maju ke depan di dalam kedua-dua bidang ini. Nanti-nanti bila free, aku cerita lebih detail lagi. Untuk hari ini, cukuplah sampai disini dulu.

Semoga kita berjumpa lagi di lain entri. 
Terima kasih sudi baca. 






No comments:

Post a Comment