Friday 31 October 2014

Homestay Murah di Sg. Petani


Assalamualaikum!!!

Bismillah...


Anda mencari-cari homestay untuk menginap di Sg. Petani? Mari saya tunjukkan sebuah homestay murah di Sg. Petani. Memang sangat berbaloi dengan harga yang anda bayar kerana ruang rumah yang besar boleh memuatkan 2 buah keluarga, bersih dan sangat selesa. Usah tunggu lagi. Buatlah tempahan di Homestay IenaYatie. Pasti anda berpuas hati. Insha Allah saya berani jamin anda tak akan menyesal. Sila lihat gambar-gambar dibawah supaya anda lebih yakin untuk memilihnya.

Bahagian Hadapan Homestay
Ruang Tamu
TV di Ruang Tamu
Bilik Tidur 1
Bilik Tidur 2
Bilik Tidur 3 & Ruang Solat
Dapur
         

Kemudahan di ruang dapur termasuk peti ais & mesin basuh.


HOMESTAY IENAYATIE

Penginapan selesa dengan harga serendah RM100 untuk 2 hari 1 malam.
Check in : 2.00 p.m
Check out : 12.30 a.m

Lokasi : No. 17, Lorong Jati 44-C, Taman Bandar Baru, Sg. Lalang, Sg. Petani, Kedah.
(15 minit ke pekan Sg. Petani, 10 minit ke Cmart & 13 minit ke Tesco)
20 minit ke UITM Merbok

Kemudahan :-
*3 bilik tidur
*Ruang tamu yg dilengkapi dengan sofa dan TV
*Dapur yg lengkap dengan peralatan memasak, meja makan, peti ais & mesin basuh
*Seterika
*Sejadah dan telekung


Nombor untuk dihubungi :
019-4807154 (Ismail)
019-5057503 (Iena)





Saturday 25 October 2014

DIY Brooch Roses


Assalamualaikum!!!

Bismillah...

Pulak dah. Dia mai lagi dengan sekmen DIY dia. hihi. Apa nak buat. Ketagihan & kegatalan tangan nak menDIY brooch belum reda lagi. Kita buat je la selagi tak bosan kan. Itu kan namanya mengisi masa lapang dengan berfaedah sekali. Mentang-mentang la haritu jadi cikgu Pendidikan Seni Visual. Dah melarat pulak dah jiwa seni dia tu. 

Kemarin kan dok sorang-sorang kat rumah. Tak tau nak buat apa. Padahal ada lagi tu kertas budak yang tak tanda. Boleh pulak tak tau nak buat apa. huhu. Bukannya apa, nak ambik mood la tu. Kan kan kan. Lepas tu dok tenung material brooch yang sebelum ni tu. Tiba-tiba hati pun terjentik nak cuba buat Brooch Roses pulak.


Ok tak? Ok tak? Ini semua hasil kerja aku tau. Tup tup dah dapat 14 pcs brooch pin roses. Jenuh la pakai tukar-tukar lepas ni. Banyak dah tu. Ingatkan susah la nak buat roses ni. Padahal masa sekolah rendah dulu dah pernah buat pun. Baru teringat rupa-rupanya darah kreatif tu dah mengalir sejak dari sekolah rendah dulu lagi. Cuma tak perasan je. Ni pun teringat masa tengah buat brooch roses ni la.

Masa sekolah rendah dulu, aku pernah buat bunga roses ni guna straw tau. A,ah straw yang kita guna untuk minum air tu. Tak percaya? Sila la percaya. Siap ada kawan aku tempah suruh aku buat untuk dia lagi tu. Yang kelakarnya dia buat sepit kat telinga macam pakai subang tu.haha. Sungguh manisnya alam kanak-kanak dulu.

Dulu tak pernah pulak terfikir boleh buat brooch. Ye la mana taknya zaman budak-budak. Otak mana la nak berkembang sangat pun. Zaman budak-budak dulu mana la nak kenal internet-internet ni. Sekarang ni je dah boleh google itu ini. Lepas ni apa pula la yang nak muncul. Wait & see je la.

Wassalam.





Friday 24 October 2014

Projek DIY brooch dah siap!


Assalamualaikum!!!

Bismillah...


Sebelum cuti Deepavali aku dah niat nak mulakan dengan projek menDIY brooch sebanyak 100 pcs. Almaklumlah sekolah aku dapat cuti seminggu. Lama tuuu. Tapi aku memang tak konfiden sangat pun boleh siapkan 100 pcs brooch tu dalam masa seminggu je. 



Percaya atau tidak ini adalah hasilnya 100 pcs brooch yang berjaya aku buat dalam masa masuk harini kira 7 hari la. Seminggu la tu kan. Akhirnya siap juga berkat usaha buat sikit demi sedikit. Dah tu buat dengan penuh kasih sayang lagi tau. :) 

Disebabkan gambar kat atas ni selonggok aku letak. Macam tak berapa nak jelas sangat kan rupa dia. Dengan baik hatinya jom aku tunjukkan dengan lebih dekat lagi.


Warna purple adalah hasil pertama yang berjaya disiapkan. Berilhamkan 3 jenis design ni dengan tekunnya aku teruskan projek aku ni dengan mempelbagaikan warnanya.


Oleh itu, lahirlah warna pink meroon ni pula. 



Dan kemudian muncul pula warna baby blue ni. Oh! Baru 90 pcs. Terlupa pula ada 10 pcs lagi tak upload. Kejap eh aku upload.




Setiap ketiga-tiga warna tadi aku buat 30 pcs. Purple, pink meroon & baby blue dan kesemuanya dah ada 90 pcs. Tinggal yang lagi 10 pcs tu aku ambik lebihan reben baby blue & reben pink meroon untuk di match making kan. Beginilah hasilnya.

Aku ni kalau buat satu-satu kerja kreatif tu mesti nak cepat-cepat siap. Walaupun sebelum tu dah letakkan sasaran bila akan disiapkan. Tapi selagi tak siap macam ada yang kurang je hari-hari cuti aku ni. Macam ada je benda yang tertangguh. Jadi tak senang duduk. At last, aku usahakan untuk siapkan juga.

Dah siap ni kira dah puas hati la. Agak-agak pas tak lagi untuk ambik tempahan? huhu. ;P

Wassalam.




Thursday 23 October 2014

Bantal Felt Kreatif by Adikku


Assalamualaikum!!!

Bismillah...


Kakak borek adik rintik. Itu lah yang boleh digambarkan buat adik saya yang bersama-sama terjebak dengan aktiviti kakaknya di masa lapang. Bukan saja bapak borek anak rintik je yang boleh mengaplikasikan istilah tu tau. Haa sekarang buktinya dah ada di depan mata pun.


Inilah bantal felt hasil kerja tangan adik saya. Not bad. Kagum juga la dengan hasil kerja dia walaupun pertama kali punya hasil agak mengecewakan sikit sebab bantal love baby pink tu bentuk dia jadi tak berapa nak cantik. Mungkin sebab pertama kali buat jahitan tu ataupun disebabkan oleh fiber yang berketul-ketul. Tapi bila dia adjust balik & cuba buat jahitan kali kedua guna material yang sama juga, hasilnya cukup memuaskan hati.

Yang kelakarnya mula-mula saya yang teringin nak buat benda-benda kreatif menggunakan kain felt. Dan bantal felt adalah salah satu idea yang berlegar-legar di kepala. Bila dah beli material semua, atlast lain yang jadinya. Si kakak sibuk teruja buat brooch bilamana hasil pertama yang membuatkan keterujaan itu berganda-ganda. Manakala si adik pula mula mengkonfidenkan diri buat bantal felt & hasilnya menjadi seperti yang dibayangkan. Haha. Terbalik sudah. Kakak pula yang tak konfiden dengan kekreatifan sendiri.

Apa-apa pun masing-masing dah berjaya merealisasikan bayangan masing-masing. Puas hati juga la dapat tengok hasil kerja sendiri. Sebelum ni asyik tengok hasil kerja orang lain je kat google. Yang penting kena percaya & yakin pada kebolehan diri. Tak cuba tak tahu. Tak gitu?

Cuti tinggal 3 hari saja lagi. Sekarang tengah memanfaatkan masa yang ada untuk menyiapkan brooch handmade by Iena Lina Rose seperti yang pernah ditunjukkan di Project DIY Brooch Ribbon Bow & Projek DIY Brooch Butterfly Ribbon Bow. Tinggal sikit je lagi dah nak siap. Hoyayyy!!! 

Wassalam.



Monday 20 October 2014

Projek DIY Brooch Butterfly Ribbon Bow


Assalamualaikum!!!

Bismillah...

Sambungan daripada kegigihan semalam hari ini telah lahir design brooch baru hasil air tangan yang baru mula nak berkembang maju ni. Setelah berhempas pulas menghasilkan 20 butir Brooch Ribbon Bow kemarin, lebihan reben masih berbaki lagi. Jadi, di petang yang hening tadi sambungan daripada projek semalam pun bermula. 

Fuh! Seperti yang dijangkakan lagi beberapa minit sebelum pukul 12.00 a.m saya telah berjaya menghasilkan 10 butir Brooch Butterfly Ribbon Bow. Nama dibagi ikut sesedap rasa. Suka hati kau je kan. hihi.

Dengan ini, mempersembahkan!!!


Comel tak Kak Ton??? huhu. Krem juga la jari-jemari ni. Total semua dah ada 30 butir. Lagi 70 butir ntah bila akan disiapkan. Takpe pelan-pelan kayuh. Masih ada banyak lagi masa. Biar lambat asalkan hasilnya cantik & kemas. Baru puas hati tengok.

Mesti korang hairan kan? Nak buat apa la banyak-banyak brooch ni. Nanti saya cerita ok. Janji!  

Bagi yang tak tengok lagi hasil semalam punya, jemputlah singgah sini :-



Wassalam.






Saturday 18 October 2014

Project DIY Brooch Ribbon Bow


Assalamualaikum!!!

Bismillah...


Apa khabar semuaaa?? Sihat? Ya, sudah semestinya saya sihat bilamana ada entri baru yang diupdate dengan girangnya. Kalau tak sihat pun, kira suam-suam kuku la gitu. Tapi Alhamdulillah takde pula suam-suam kuku. Harini bukan nak cerita pasal sihat tapi harini nak cerita pasal kejadian semalam selepas pulang dari membeli belah. Pukul 5.00 petang baru keluar dari rumah untuk membeli belah itu namanya luar dari kebiasaan. Mana tidaknya selalu kalau nak keluar membeli belah plus berjalan cuci mata mesti around 11.00 a.m macam tu. 

Namun apakan daya kita manusia cuma merancang tapi Allah jua yang menentukan segalanya. Dah kenapa pula keluar ayat begitu? huhu. Tak kisah la. Bukan nak membeli belah bagai nak rak pun. Dah planning seminggu yang lepas Jumaat minggu ni nak pergi Handicraft yang jual material untuk barang-barang kenduri kahwin tu. Tapi bukan bermakna untuk kenduri saya ye. Tidak sama sekali.



Mari kita lihat hasil tangkapannya. Besarkan sedikit mata, ok! Nampak bukan? Itu maknanya apa? Bagusss...Macam tau-tau je korang eh. Ini semua hasil ditemani oleh adinda saya yang telah terkena sedikit jangkitan virus dari kakaknya ini. Kami serupa. "Hampa 2 ni kembaq ka?". Macam biasa soalan tu juga yang orang nak tanya bila kami keluar berdua. 

Ok lah tanpa membuang masa merapu yang bukan-bukan lebih baik direct to the point kepada topik yang ingin dibincangkan. Semalam maknanya hari Jumaat, 17 Oktober 2014 kami keluar beli barang-barang ni semua. Dah selesai di Handicraft tu terus kami rushing ke Tesco beli barang yang mak kirim pula. Dengan sepantas kilat tau kami membeli belah semalam sebab nak balik rumah before pukul 9.00 p.m supaya tak terlepas tengok Da'ie final. Alhamdulillah, berjaya sampai rumah pukul 9.15 p.m. Tahniah Farhan kerana menjadi juara Da'ie millenia 2014. Semuanya hebat-hebat belaka. Tahniah juga kepada Amar & Izhar kerana persembahan mereka juga tidak mengecewakan.

Apa yang saya buat dengan barang-barang kat atas ni? Ok, jom kita tengok.



Tadaaaa!!! Hasil kerja saya untuk hari ini berjaya melahirkan 20 ketul brooch ribbon bow. Clap3x!!! Tepuk tangan senang hati. Usaha tangga kejayaan. Bermula sekitar 11.30 a.m pagi tadi aktiviti menghasilkan brooch ribbon bow ini telah dimulakan. Pukul 9.00 p.m berakhir tugas untuk hari ini. Tudiaaa ambik masa sehari ke buat semua ni??? Ehhh idok ler gitu. Buat sambil lenggang kangkung je ni. Rasa penat, stop kejap. Takde la direct menghadap benda alah ni sepanjang masa. Macam takde kerja lain pula kau ye. 



Untuk kesan yang lebih dramatik, nah! saya tunjukkan dengan lebih dekat lagi. Untuk harini cukuplah dulu dengan 2 design ni. Esok-esok rajin nak buat design lain pula. Amacam? Cuba korang komen sikit. hihi. 

Wassalam.







Friday 10 October 2014

Klip Rambut Felt Untuk Anak Buah


Assalamualaikum!!!

Bismillah...

Itu pun nak cerita. Ada aku kesah??? Eh ehhh...mesti la kena kisah. Hasil kerja tangan untuk pertama kali haruslah wajib dikisahkan. Yang pertama tu la yang akan dikenang sampai bila-bila. Cewahhh...Macam ayat-ayat cinta gitu. 



Nah! Ini dia hasilnya. Dah siap pun dikelipkan kat rambut budak-budak ni. Puas hati tengok dorang pakai. Elok je tersepit kat kepala. huhu. Tak sangka menjadi juga akhirnya. Dorang pun bukan main excited dapat kelip rambut special dari Mak Lang dia. Inilah hasil kerja tanganku untuk mereka buat pertama kalinya. A,ah...betul3x! Belum ada lagi yang lain sebelum ni. Akan datang mungkin akan ada lagi, lagi dan lagi hasil buah tangan dari Mak Lang untuk kamu-kamu ye. 

Tengok pada kerajinan jugak ni pun. Mood pun ada pasang surut. Kalau time rajin datang, tak pandang kiri kanan dah. Focusss je dengan kerja. Tapi bila mood ke laut pulak kau bagi la complete barang pun kat depan mata, lalu dipandang sepi bagai di angin lalu. Begitulah lumrah hidup ada pasang dan surutnya. 

Material klip rambut ni dari kain felt tau. Banyak lagi kain felt yang lebih. Tengah cari idea nak buat design macam mana lagi. 

Opstt! Ada lagi yang pertama kali kat >>  SINI <<. hiks. ;)

Wassalam.





Thursday 2 October 2014

Berjinak-jinak dengan dunia baru


Assalamualaikum!!!

Bismillah...

Selama 2 minggu menyepikan diri dari dunia blog, baru saya perasan rupa-rupanya saya masih memerlukan blog ini untuk mencoretkan sesuatu. Ya, tulisan saya muncul kembali setelah berjaya membeli semula modem yang baru. Itu yang sebenarnya telah berlaku semenjak kehilangan saya tempoh hari. Hilang bukan kerana merajuk tetapi hilang kerana terasa blog ini sudah tidak diperlukan lagi & cuba menyepikan diri untuk mencari diri yang hilang. Kononnya la kan. Akhirnya dapat dikenalpasti bahawa modem internet yang rosak itu telah menemukan saya kembali ke dunia maya & kehilangan itu pun dapat dikenalpasti. 

Semasa kehilangan itu berlaku, saya telah merajinkan diri menguji bakat seni kreatif. Bakat seni kreatif apa? Mari kita lihat rentetan peristiwa yang berlaku. 

Ingat lagi tak mimpi mat jenin moden di depan PC yang saya cerita haritu? Tak ingat? Okey pi baca entri INIINI & INI. Haa, sekarang dah ingat bukan? Syabas! Rajin sungguh hampa pi baca. Membaca itu kan amalan yang mulia untuk meningkatkan kecerdasan minda & senaman mata. 

Sejak peristiwa itu, banyak yang saya jumpa hasil-hasil idea DIY blogger-blogger B2B tu semua. Dari situ, saya teringiinnn sangat nak menguji bakat sendiri pula. Maka bermula la misi saya seterusnya.


Siang tadi dengan sukarianya keluar pergi shopping barang-barang yang tiada untuk kelengkapan menyiapkan hasil yang telah saya buat. Dah lengkap semuanya balik tinggal mencompletekan apa yang cacat tu je. Rasa-rasanya daripada barang yang tertera di atas ni pun dah boleh agak kan apa yang telah berjaya dihasilkan. Macam auntie kedai bunga tadi kata "Owh...nak buat pin brooch ya? Tengok kamu beli barang pun sudah boleh agak sikit-sikit kamu mau buat apa."hihi.


Fuh! Lap peluh kejap. Nampak tak? Nampak tak? Itulah hasilnya selama lebih 2 minggu saya menyepikan diri. Sekuntum demi sekuntum berjaya disiapkan dengan gigihnya. Apa ni? Inilah brooch pin yang berjaya saya DIY hasil air tangan sendiri. Macam tak percaya pun ada kreatif juga tangan ni. Tapi dah tahu lama pun semenjak dari sekolah menengah dulu lagi. Cuma rajin dengan malas je. huhu. 

Memandangkan saya bukanlah B2B, saya telah mengolah idea dengan sedikit kelainan mengikut citarasa sendiri. Finally, ia benar-benar menjadi seperti yang dibayangkan. Pin pun dah siap digam dah. Lepas ni boleh la pakai brooch tukar-tukar. 

Buat apa yang kita suka laju je tangan nak berjalan. Banyak lagi dunia baru yang boleh diteroka. Ini baru permulaan. Bermakna ada lagi hasil seterusnya. Nanti la sambung. Mata dah mengantok. Nak tidur.

Wassalam.