Monday 22 December 2014

Yeayyy!!! Dah pandai menjahit.


Assalamualaikum!!!

Bismillah...

Ingat lagi tak dengan entri ini >> Tak sabar nak belajar menjahit <<. Mesti korang dah lupa kan? kah kah kah. Of course la tak ada orang yang ingat. Sapa la nak jengah blog yang jarang-jarang update macam aku ni. hihi.

Takpe la. Takpe la. (Konon-konon merajuk). Aku update untuk diri sendiri je la lepasni. Korang korang takyah singgah la kat sini. Hurm, memang nak update untuk diri sendiri pun. Untuk kenangan di hari tua. hewhew. :D

Sambungan dari rasa excited aku haritu telah berjaya direalisasikan. Tak percaya cuba la klik link entri kat atas tu. Memang masa tu excited sangat tahap tergedik-gedik dah nak pergi ni. Punya laa tak menyempat dah kan. 

Haa...bermulanya 30 November 2014 - 18 Disember 2014 yang lepas aku dan kakakku telah mengattendkan diri ke kelas jahitan tersebut. Mcam tak percaya je aku jahit baju sendiri. 2 fashion baju tau berjaya aku jahit sepanjang 12 kali kelas tu. huhu. Bangga bukan main bila tengok hasil kerja sendiri. Terima kasih sesangat la kepada makcik Midah selaku guru yang mengajar kami. Tanpa tunjuk ajar makcik Midah jangan mimpi la baju kau nak siap sesempurna itu. 


Cantik tak? Cantik tak? Ruginyaa tak beli kain yang cantik-cantik. Kononnya takut rosak kain. Sayang kain & duit sebab baru 1st time nak belajar menjahit kan. Sekali kau dah siap jadi perfect la pulak. Walaupun tak la seperfect tukang jahit professional, kira ok la kan boleh pakai terus. T_T Rugi. Rugi. huh. Itu la lain kali kena yakin pada kebolehan diri sendiri. Dah rasmi dah ni masa pergi kenduri kahwin jiran tetangga haritu. hihi. Semangat iols tau. Boleh pakai time kenduri dekat-dekat ni pun jadi la. 

Mula-mula aku request nak belajar jahit baju kurung moden. Makcik tu setuju je. Korang yang bayar duit. So suka hati korang la nak belajar jahit baju fashion apa. Menggigil jugak la masa 1st time nak pegang mesin tu. Tapi 1st step tu bukan terus pegang mesin pun. Mesti la kena belajar buat pola baju dulu. Lepas dah siap buat pola, baru la aktiviti menjahit diteruskan. Step by step la kita belajar kan. 


Jeng jeng jeng!!! Ini adalah fashion ke-2 yg aku request nak belajar. Jubah dress yg famous de amous sekarang ini. Kononnya haritu plan nak upah la makcik Midah jahitkan aku jubah dress 1. Lepastu terfikir pulak nak belajar buat design yang macam ni sendiri. Aku tunjuk la design cemana yang aku nak belajar buat kat makcik Midah tu. Lastly, taraaa!!! Gambar kat atas ni la hasilnya. Adik aku cakap cantik. Dia siap try pakai lagi tu. Pastu dia kata apa "Kak, bagi kat Siti je la baju ni". hehe. Kembang semangkuk la aku pun. 

1st time hasil air tangan aku menjahit, mana mungkin aku bagi kat adik aku. Kenangan tuuu. 

Sebelum habis kelas belajar menjahit haritu, aku & kakak aku ada la pergi survey-survey mesin jahit lurus & mesin jahit tepi. Terujaaaa youuu. Dah berangan dah nak jahit lagi baju sendiri lepas habis kelas tu. Rugi la belajar tapi tak apply apa yang kita belajar kan. Lama-lama nanti lupa step-step dia. Pisau kalau tak diasah mana la nak tajam. Kan kan kan. Gitu la peribahasanya.

Tahun depan misi nak save bajet belanjawan harian. Plan seterusnya nak ada mesin jahit sendiri & nak teruskan rancangan jahit baju sendiri. Semoga berjaya! Insha Allah. Chaiyok! Chaiyok!

Padahal kat rumah dah ada pun mesin jahit lama mak & abah yang punya. haha. 

Adik : Takdak duit buat la cara takdak duit. Guna la mesin yang ada tu dulu.

Wassalam.




Friday 31 October 2014

Homestay Murah di Sg. Petani


Assalamualaikum!!!

Bismillah...


Anda mencari-cari homestay untuk menginap di Sg. Petani? Mari saya tunjukkan sebuah homestay murah di Sg. Petani. Memang sangat berbaloi dengan harga yang anda bayar kerana ruang rumah yang besar boleh memuatkan 2 buah keluarga, bersih dan sangat selesa. Usah tunggu lagi. Buatlah tempahan di Homestay IenaYatie. Pasti anda berpuas hati. Insha Allah saya berani jamin anda tak akan menyesal. Sila lihat gambar-gambar dibawah supaya anda lebih yakin untuk memilihnya.

Bahagian Hadapan Homestay
Ruang Tamu
TV di Ruang Tamu
Bilik Tidur 1
Bilik Tidur 2
Bilik Tidur 3 & Ruang Solat
Dapur
         

Kemudahan di ruang dapur termasuk peti ais & mesin basuh.


HOMESTAY IENAYATIE

Penginapan selesa dengan harga serendah RM100 untuk 2 hari 1 malam.
Check in : 2.00 p.m
Check out : 12.30 a.m

Lokasi : No. 17, Lorong Jati 44-C, Taman Bandar Baru, Sg. Lalang, Sg. Petani, Kedah.
(15 minit ke pekan Sg. Petani, 10 minit ke Cmart & 13 minit ke Tesco)
20 minit ke UITM Merbok

Kemudahan :-
*3 bilik tidur
*Ruang tamu yg dilengkapi dengan sofa dan TV
*Dapur yg lengkap dengan peralatan memasak, meja makan, peti ais & mesin basuh
*Seterika
*Sejadah dan telekung


Nombor untuk dihubungi :
019-4807154 (Ismail)
019-5057503 (Iena)





Saturday 25 October 2014

DIY Brooch Roses


Assalamualaikum!!!

Bismillah...

Pulak dah. Dia mai lagi dengan sekmen DIY dia. hihi. Apa nak buat. Ketagihan & kegatalan tangan nak menDIY brooch belum reda lagi. Kita buat je la selagi tak bosan kan. Itu kan namanya mengisi masa lapang dengan berfaedah sekali. Mentang-mentang la haritu jadi cikgu Pendidikan Seni Visual. Dah melarat pulak dah jiwa seni dia tu. 

Kemarin kan dok sorang-sorang kat rumah. Tak tau nak buat apa. Padahal ada lagi tu kertas budak yang tak tanda. Boleh pulak tak tau nak buat apa. huhu. Bukannya apa, nak ambik mood la tu. Kan kan kan. Lepas tu dok tenung material brooch yang sebelum ni tu. Tiba-tiba hati pun terjentik nak cuba buat Brooch Roses pulak.


Ok tak? Ok tak? Ini semua hasil kerja aku tau. Tup tup dah dapat 14 pcs brooch pin roses. Jenuh la pakai tukar-tukar lepas ni. Banyak dah tu. Ingatkan susah la nak buat roses ni. Padahal masa sekolah rendah dulu dah pernah buat pun. Baru teringat rupa-rupanya darah kreatif tu dah mengalir sejak dari sekolah rendah dulu lagi. Cuma tak perasan je. Ni pun teringat masa tengah buat brooch roses ni la.

Masa sekolah rendah dulu, aku pernah buat bunga roses ni guna straw tau. A,ah straw yang kita guna untuk minum air tu. Tak percaya? Sila la percaya. Siap ada kawan aku tempah suruh aku buat untuk dia lagi tu. Yang kelakarnya dia buat sepit kat telinga macam pakai subang tu.haha. Sungguh manisnya alam kanak-kanak dulu.

Dulu tak pernah pulak terfikir boleh buat brooch. Ye la mana taknya zaman budak-budak. Otak mana la nak berkembang sangat pun. Zaman budak-budak dulu mana la nak kenal internet-internet ni. Sekarang ni je dah boleh google itu ini. Lepas ni apa pula la yang nak muncul. Wait & see je la.

Wassalam.





Friday 24 October 2014

Projek DIY brooch dah siap!


Assalamualaikum!!!

Bismillah...


Sebelum cuti Deepavali aku dah niat nak mulakan dengan projek menDIY brooch sebanyak 100 pcs. Almaklumlah sekolah aku dapat cuti seminggu. Lama tuuu. Tapi aku memang tak konfiden sangat pun boleh siapkan 100 pcs brooch tu dalam masa seminggu je. 



Percaya atau tidak ini adalah hasilnya 100 pcs brooch yang berjaya aku buat dalam masa masuk harini kira 7 hari la. Seminggu la tu kan. Akhirnya siap juga berkat usaha buat sikit demi sedikit. Dah tu buat dengan penuh kasih sayang lagi tau. :) 

Disebabkan gambar kat atas ni selonggok aku letak. Macam tak berapa nak jelas sangat kan rupa dia. Dengan baik hatinya jom aku tunjukkan dengan lebih dekat lagi.


Warna purple adalah hasil pertama yang berjaya disiapkan. Berilhamkan 3 jenis design ni dengan tekunnya aku teruskan projek aku ni dengan mempelbagaikan warnanya.


Oleh itu, lahirlah warna pink meroon ni pula. 



Dan kemudian muncul pula warna baby blue ni. Oh! Baru 90 pcs. Terlupa pula ada 10 pcs lagi tak upload. Kejap eh aku upload.




Setiap ketiga-tiga warna tadi aku buat 30 pcs. Purple, pink meroon & baby blue dan kesemuanya dah ada 90 pcs. Tinggal yang lagi 10 pcs tu aku ambik lebihan reben baby blue & reben pink meroon untuk di match making kan. Beginilah hasilnya.

Aku ni kalau buat satu-satu kerja kreatif tu mesti nak cepat-cepat siap. Walaupun sebelum tu dah letakkan sasaran bila akan disiapkan. Tapi selagi tak siap macam ada yang kurang je hari-hari cuti aku ni. Macam ada je benda yang tertangguh. Jadi tak senang duduk. At last, aku usahakan untuk siapkan juga.

Dah siap ni kira dah puas hati la. Agak-agak pas tak lagi untuk ambik tempahan? huhu. ;P

Wassalam.




Thursday 23 October 2014

Bantal Felt Kreatif by Adikku


Assalamualaikum!!!

Bismillah...


Kakak borek adik rintik. Itu lah yang boleh digambarkan buat adik saya yang bersama-sama terjebak dengan aktiviti kakaknya di masa lapang. Bukan saja bapak borek anak rintik je yang boleh mengaplikasikan istilah tu tau. Haa sekarang buktinya dah ada di depan mata pun.


Inilah bantal felt hasil kerja tangan adik saya. Not bad. Kagum juga la dengan hasil kerja dia walaupun pertama kali punya hasil agak mengecewakan sikit sebab bantal love baby pink tu bentuk dia jadi tak berapa nak cantik. Mungkin sebab pertama kali buat jahitan tu ataupun disebabkan oleh fiber yang berketul-ketul. Tapi bila dia adjust balik & cuba buat jahitan kali kedua guna material yang sama juga, hasilnya cukup memuaskan hati.

Yang kelakarnya mula-mula saya yang teringin nak buat benda-benda kreatif menggunakan kain felt. Dan bantal felt adalah salah satu idea yang berlegar-legar di kepala. Bila dah beli material semua, atlast lain yang jadinya. Si kakak sibuk teruja buat brooch bilamana hasil pertama yang membuatkan keterujaan itu berganda-ganda. Manakala si adik pula mula mengkonfidenkan diri buat bantal felt & hasilnya menjadi seperti yang dibayangkan. Haha. Terbalik sudah. Kakak pula yang tak konfiden dengan kekreatifan sendiri.

Apa-apa pun masing-masing dah berjaya merealisasikan bayangan masing-masing. Puas hati juga la dapat tengok hasil kerja sendiri. Sebelum ni asyik tengok hasil kerja orang lain je kat google. Yang penting kena percaya & yakin pada kebolehan diri. Tak cuba tak tahu. Tak gitu?

Cuti tinggal 3 hari saja lagi. Sekarang tengah memanfaatkan masa yang ada untuk menyiapkan brooch handmade by Iena Lina Rose seperti yang pernah ditunjukkan di Project DIY Brooch Ribbon Bow & Projek DIY Brooch Butterfly Ribbon Bow. Tinggal sikit je lagi dah nak siap. Hoyayyy!!! 

Wassalam.



Monday 20 October 2014

Projek DIY Brooch Butterfly Ribbon Bow


Assalamualaikum!!!

Bismillah...

Sambungan daripada kegigihan semalam hari ini telah lahir design brooch baru hasil air tangan yang baru mula nak berkembang maju ni. Setelah berhempas pulas menghasilkan 20 butir Brooch Ribbon Bow kemarin, lebihan reben masih berbaki lagi. Jadi, di petang yang hening tadi sambungan daripada projek semalam pun bermula. 

Fuh! Seperti yang dijangkakan lagi beberapa minit sebelum pukul 12.00 a.m saya telah berjaya menghasilkan 10 butir Brooch Butterfly Ribbon Bow. Nama dibagi ikut sesedap rasa. Suka hati kau je kan. hihi.

Dengan ini, mempersembahkan!!!


Comel tak Kak Ton??? huhu. Krem juga la jari-jemari ni. Total semua dah ada 30 butir. Lagi 70 butir ntah bila akan disiapkan. Takpe pelan-pelan kayuh. Masih ada banyak lagi masa. Biar lambat asalkan hasilnya cantik & kemas. Baru puas hati tengok.

Mesti korang hairan kan? Nak buat apa la banyak-banyak brooch ni. Nanti saya cerita ok. Janji!  

Bagi yang tak tengok lagi hasil semalam punya, jemputlah singgah sini :-



Wassalam.






Saturday 18 October 2014

Project DIY Brooch Ribbon Bow


Assalamualaikum!!!

Bismillah...


Apa khabar semuaaa?? Sihat? Ya, sudah semestinya saya sihat bilamana ada entri baru yang diupdate dengan girangnya. Kalau tak sihat pun, kira suam-suam kuku la gitu. Tapi Alhamdulillah takde pula suam-suam kuku. Harini bukan nak cerita pasal sihat tapi harini nak cerita pasal kejadian semalam selepas pulang dari membeli belah. Pukul 5.00 petang baru keluar dari rumah untuk membeli belah itu namanya luar dari kebiasaan. Mana tidaknya selalu kalau nak keluar membeli belah plus berjalan cuci mata mesti around 11.00 a.m macam tu. 

Namun apakan daya kita manusia cuma merancang tapi Allah jua yang menentukan segalanya. Dah kenapa pula keluar ayat begitu? huhu. Tak kisah la. Bukan nak membeli belah bagai nak rak pun. Dah planning seminggu yang lepas Jumaat minggu ni nak pergi Handicraft yang jual material untuk barang-barang kenduri kahwin tu. Tapi bukan bermakna untuk kenduri saya ye. Tidak sama sekali.



Mari kita lihat hasil tangkapannya. Besarkan sedikit mata, ok! Nampak bukan? Itu maknanya apa? Bagusss...Macam tau-tau je korang eh. Ini semua hasil ditemani oleh adinda saya yang telah terkena sedikit jangkitan virus dari kakaknya ini. Kami serupa. "Hampa 2 ni kembaq ka?". Macam biasa soalan tu juga yang orang nak tanya bila kami keluar berdua. 

Ok lah tanpa membuang masa merapu yang bukan-bukan lebih baik direct to the point kepada topik yang ingin dibincangkan. Semalam maknanya hari Jumaat, 17 Oktober 2014 kami keluar beli barang-barang ni semua. Dah selesai di Handicraft tu terus kami rushing ke Tesco beli barang yang mak kirim pula. Dengan sepantas kilat tau kami membeli belah semalam sebab nak balik rumah before pukul 9.00 p.m supaya tak terlepas tengok Da'ie final. Alhamdulillah, berjaya sampai rumah pukul 9.15 p.m. Tahniah Farhan kerana menjadi juara Da'ie millenia 2014. Semuanya hebat-hebat belaka. Tahniah juga kepada Amar & Izhar kerana persembahan mereka juga tidak mengecewakan.

Apa yang saya buat dengan barang-barang kat atas ni? Ok, jom kita tengok.



Tadaaaa!!! Hasil kerja saya untuk hari ini berjaya melahirkan 20 ketul brooch ribbon bow. Clap3x!!! Tepuk tangan senang hati. Usaha tangga kejayaan. Bermula sekitar 11.30 a.m pagi tadi aktiviti menghasilkan brooch ribbon bow ini telah dimulakan. Pukul 9.00 p.m berakhir tugas untuk hari ini. Tudiaaa ambik masa sehari ke buat semua ni??? Ehhh idok ler gitu. Buat sambil lenggang kangkung je ni. Rasa penat, stop kejap. Takde la direct menghadap benda alah ni sepanjang masa. Macam takde kerja lain pula kau ye. 



Untuk kesan yang lebih dramatik, nah! saya tunjukkan dengan lebih dekat lagi. Untuk harini cukuplah dulu dengan 2 design ni. Esok-esok rajin nak buat design lain pula. Amacam? Cuba korang komen sikit. hihi. 

Wassalam.







Friday 10 October 2014

Klip Rambut Felt Untuk Anak Buah


Assalamualaikum!!!

Bismillah...

Itu pun nak cerita. Ada aku kesah??? Eh ehhh...mesti la kena kisah. Hasil kerja tangan untuk pertama kali haruslah wajib dikisahkan. Yang pertama tu la yang akan dikenang sampai bila-bila. Cewahhh...Macam ayat-ayat cinta gitu. 



Nah! Ini dia hasilnya. Dah siap pun dikelipkan kat rambut budak-budak ni. Puas hati tengok dorang pakai. Elok je tersepit kat kepala. huhu. Tak sangka menjadi juga akhirnya. Dorang pun bukan main excited dapat kelip rambut special dari Mak Lang dia. Inilah hasil kerja tanganku untuk mereka buat pertama kalinya. A,ah...betul3x! Belum ada lagi yang lain sebelum ni. Akan datang mungkin akan ada lagi, lagi dan lagi hasil buah tangan dari Mak Lang untuk kamu-kamu ye. 

Tengok pada kerajinan jugak ni pun. Mood pun ada pasang surut. Kalau time rajin datang, tak pandang kiri kanan dah. Focusss je dengan kerja. Tapi bila mood ke laut pulak kau bagi la complete barang pun kat depan mata, lalu dipandang sepi bagai di angin lalu. Begitulah lumrah hidup ada pasang dan surutnya. 

Material klip rambut ni dari kain felt tau. Banyak lagi kain felt yang lebih. Tengah cari idea nak buat design macam mana lagi. 

Opstt! Ada lagi yang pertama kali kat >>  SINI <<. hiks. ;)

Wassalam.





Thursday 2 October 2014

Berjinak-jinak dengan dunia baru


Assalamualaikum!!!

Bismillah...

Selama 2 minggu menyepikan diri dari dunia blog, baru saya perasan rupa-rupanya saya masih memerlukan blog ini untuk mencoretkan sesuatu. Ya, tulisan saya muncul kembali setelah berjaya membeli semula modem yang baru. Itu yang sebenarnya telah berlaku semenjak kehilangan saya tempoh hari. Hilang bukan kerana merajuk tetapi hilang kerana terasa blog ini sudah tidak diperlukan lagi & cuba menyepikan diri untuk mencari diri yang hilang. Kononnya la kan. Akhirnya dapat dikenalpasti bahawa modem internet yang rosak itu telah menemukan saya kembali ke dunia maya & kehilangan itu pun dapat dikenalpasti. 

Semasa kehilangan itu berlaku, saya telah merajinkan diri menguji bakat seni kreatif. Bakat seni kreatif apa? Mari kita lihat rentetan peristiwa yang berlaku. 

Ingat lagi tak mimpi mat jenin moden di depan PC yang saya cerita haritu? Tak ingat? Okey pi baca entri INIINI & INI. Haa, sekarang dah ingat bukan? Syabas! Rajin sungguh hampa pi baca. Membaca itu kan amalan yang mulia untuk meningkatkan kecerdasan minda & senaman mata. 

Sejak peristiwa itu, banyak yang saya jumpa hasil-hasil idea DIY blogger-blogger B2B tu semua. Dari situ, saya teringiinnn sangat nak menguji bakat sendiri pula. Maka bermula la misi saya seterusnya.


Siang tadi dengan sukarianya keluar pergi shopping barang-barang yang tiada untuk kelengkapan menyiapkan hasil yang telah saya buat. Dah lengkap semuanya balik tinggal mencompletekan apa yang cacat tu je. Rasa-rasanya daripada barang yang tertera di atas ni pun dah boleh agak kan apa yang telah berjaya dihasilkan. Macam auntie kedai bunga tadi kata "Owh...nak buat pin brooch ya? Tengok kamu beli barang pun sudah boleh agak sikit-sikit kamu mau buat apa."hihi.


Fuh! Lap peluh kejap. Nampak tak? Nampak tak? Itulah hasilnya selama lebih 2 minggu saya menyepikan diri. Sekuntum demi sekuntum berjaya disiapkan dengan gigihnya. Apa ni? Inilah brooch pin yang berjaya saya DIY hasil air tangan sendiri. Macam tak percaya pun ada kreatif juga tangan ni. Tapi dah tahu lama pun semenjak dari sekolah menengah dulu lagi. Cuma rajin dengan malas je. huhu. 

Memandangkan saya bukanlah B2B, saya telah mengolah idea dengan sedikit kelainan mengikut citarasa sendiri. Finally, ia benar-benar menjadi seperti yang dibayangkan. Pin pun dah siap digam dah. Lepas ni boleh la pakai brooch tukar-tukar. 

Buat apa yang kita suka laju je tangan nak berjalan. Banyak lagi dunia baru yang boleh diteroka. Ini baru permulaan. Bermakna ada lagi hasil seterusnya. Nanti la sambung. Mata dah mengantok. Nak tidur.

Wassalam.





Thursday 11 September 2014

Tak sabar nak belajar menjahit


Assalamualaikum!!!

Bismillah...

Wehuuu!!! Mood berkobar-kobar. Tak sabarnya nak pergi belajar menjahit. Sapa nak ikut? Jommmm...Dah lama berhajat nak belajar menjahit tapi tak tahu nak berguru dengan siapa. Bulan lepas ada la kakak aku sibuk suruh aku pergi belajar menjahit dekat kolej komuniti. Masa tu memang kolej komuniti ada buat kelas kemahiran untuk hari yang sekian sekian & pogram yang sekian sekian. Belajar jahit baju kurung pesak selama 2 hari pada hari sabtu 2x sabtu berturut-turut. Tak mahal pun yuran dia. RM30 je untuk 1 kelas start dari pukul berapa ntah dah tak ingat. Kelas tu berlangsung selama 5 jam untuk 1 kelas. Masa tu dapat tahu pun dah last minute. Daftar pun belum lagi. Macam dah tak sempat. Lepastu nak kena pergi sorang-sorang pula. Memang tak semangat sangat nak pergi time tu.

Tapi tapi tapi tadi kan. Kebetulan masa tengah sibuk dok cari tukang jahit area Sg. Petani, kan aku teringin nak pakai jubah moden yang aku cerita kat >> SINI << tu. Semalam dah mesej sepupu aku yang ambil upah buat baju tu tanya dia. Sekali dia jawab dia tak boleh buat jubah moden. huh! Kecewa. Tak tahu mana nak cari, aku cuba la cari melalui internet. Sekali terjumpa fb page >> Kedai jahit kak midah << ni. Aku pun belek-belek la photo album Kak Midah tu dulu. Sekali tengok, wah sekali dengan mengajar orang yang nak belajar menjahit tuuu.

Apalagi, bagaikan orang mengantok disorongkan bantal la aku pun. huhu. Terus call tanya detail pasal kelas jahitan tu dengan berapa dia ambil kalau buat baju jubah moden. Aku pun mesej la kakak aku yang berminat juga nak belajar menjahit tu. Kata sepakat sudah dicapai nak pergi belajar menjahit dengan Kak Midah time cuti sekolah hujung tahun ni. Yeayyyy!!! Tak sabar dah ni. Kakak aku pun dah teruja. Tunggu dia balik cuti sekolah hujung tahun ni je. Memang hati dah gedik-gedik sangat nak pergi belajar ni. hihi.

Kelas yang Kak Midah buat tu ada 12 kali kelas dalam sebulan. Seminggu kena pergi kelas tiga hari. Boleh pilih nak hari Isnin, Selasa & Rabu atau hari Khamis, Jumaat & Sabtu. 1 hari Kak Midah ambil 5 orang je yang nak belajar dengan dia. Dan boleh pilih nak pergi kelas pagi atau petang. Sesi pagi start pukul 9.30 am - 12.30 pm. Sesi petang pula start pukul 2.30 pm - 5.30 pm. Biasanya hujung minggu penuh dengan orang yang bekerja pergi belajar time cuti. 

Masa kelas tu nanti, macam-macam fesyen yang Kak Midah tu akan ajar kita. Ikut kita la nak belajar jahit baju apa. Baju kurung, baju kurung moden, kebaya, jubah, baju kanak-kanak dan apa-apa la design yang kita nak belajar. Puas hati kan? Dia akan ajar step by step la. Untuk bayaran tu korang kena la tanya Kak Midah sendiri ye. Yang pastinya tak mahal mana pun & berbaloi dengan ilmu yang kita dapat nanti. Tidak takde la aku excited nak pergi sangat ni. Sebelum terlupa, peralatan jahitan kita kena tanggung sendiri tak termasuk dengan yuran belajar. Peralatan tu mungkin alat-alat nak menjahit macam gunting, pembaris ukur, kertas minyak untuk buat pola baju, tali nak ukur ukuran badan tu orang panggil apa ntah & kain. 

Kot la korang-korang dari Utara yang terbaca entri aku ni pun berminat boleh la contact nombor Kak Midah ni tanya pasal bayaran kelas tu nanti.

Kak Midah : 04-4253490 / 019-5596233

fb page : Kedai jahit kak midah

Lokasi : 283 lorong 8,Taman Bandar Baru PKNK, Sg. Petani, Kedah

Semoga dipermudahkan segalanya. Amin. Masa-masa lapang yang ada ni dari buang masa tak buat apa, lebih baik kita pergi belajar kemahiran. Sekurang-kurangnya boleh tambah pendapatan sampingan. Mula-mula tu of course la tak pandai lagi. Belajar la jahit untuk diri sendiri & keluarga dulu. Esok-esok dah mahir barulah fikir nak lebarkan sayap ke apa. Tak gitu? Aku ni pun kebetulan susah sangat nak cari tukang jahit. Yang dah biasa pun dok jauh pula. Semua idea ni datang pun untuk isi masa lapang dannnn dah pandai nanti boleh jimat kos hantar upah jahit kat orang. Dah pandai jahit sendiri tinggal beli kain je. Takyah dah susah-susah nak cari tukang jahit lagi. 

Wassalam.








Teringin nak pakai jubah moden.


Assalamualaikum!!!

Bismillah...

Hati berdetik : "Teringinnya nak pakai jubah moden". 

Macam orang mengidam pulan kan? huhu. Baju kurung moden dah biasa pakai. Baju kurung biasa apatah lagi. Sangat-sangat biasa pakai. Kali ni terasa nak cuba pakai jubah moden pula. Bulan depan alang-alang nak ke Nilai apakata cari je kain kat sana. Kalau tak ke Nilai 3, boleh melencong ke Jalan TAR. Dua-dua tempat ni pun aku suka bab nak cari kain ni. Mungkin dapat beli yang murah sikit tapi berkualiti. Sebelum tiba masanya ke sana apakata cari dulu design macam mana nak buat. Bermula semalam dengan bantuan en google mula la aku dengan misi baru ini. Tup-tup pagi ni dah jumpa design yang berkenan di hati. Design ni la yang dok terlayang-layang dalam kepala. Tak mau yang lain dah. 

Meh kita tengok calon-calonnya.

Tada!!!

Picture credit to google.

Banyak la calon. Padahal 1 design ni je yang aku berkenan. Memang dok cari soft copy nak tunjuk kat tukang jahit. Kalau aku yang lukis takut tukang jahit tu faham lain pula. Lebih kurang macam ni la design yang aku nak tu. Cuma tak la sebijik macam ni. Ada sedikit kelainan dari apa yang aku bayangkan tu. Nanti pandai-pandai la aku terang kat tukang jahit tu.

Ayu & sopan kan bila pakai jubah. Menutup aurat dengan sempurna. Tak sabar pula rasa nak mencari kain. Potongan badan aku ni jenis yang susah nak cari kalau beli yang ready made punya. Dah cuba cari pun. Semuanya menggelebeh je. Dah ok kat situ kat sini pulak tak ok. Sana labuh, sini panjang terlebih. Sakit hati! Kalau rembat juga nanti menyesal pula. Sayang duit terbang macam tu je kalau tak pakai. Membazir itu kan amalan syaitan nir rajim.

Bila google sana sini, ada juga jumpa kat online shop design yang aku berkenan. Tapi tak yakin pula nak beli. Sama kes juga la dengan beli offline shop pun. Nanti ada-ada je yang tak kena. Memang spesies yang tak mesra ready made cutting aku ni. Sedap pakai yang upah orang jahit juga.

Harap-harap dapatlah tukang jahit yang boleh buat sepertimana yang aku nak tu. Yang paling penting mesti kena sedap pakai.

Wassalam.






Monday 8 September 2014

Pelamin Idaman Kalbu


Assalamualaikum!!!

Bismillah...


Tengok tajuk pun dah tahu kan nak cerita apa. Cerita kali ni sebenarnya adalah permulaan angan-angan mat jenin moden di siang hari. Mula-mula datangnya mimpi-mimpi di siang hari pasal idea perkahwinan yang lain tu semua & sebelum lahirnya idea yang >> INI <<, sebenarnya aku telah memulakan misi pencarian dengan mencari idea pelamin idaman hati. Masa kejadian tu berlaku, asal aku on PC & internet je mesti hati tergerak nak tengok pelamin. Puas aku google sana sini. Tak jemu-jemu aku mencuci mata dan disinilah segalanya bermula. hohoho.

Okey, berbalik kepada topik perbincangan, aku telah berangan-angan masa majlis resepsi nanti aku nak DIY sendiri pelamin idaman aku tu. Tapi memandangkan aku ni tak kreatif sangat, jadi aku telah meminta bantuan en google. Aku suka design pelamin yang simple & sesedap mata memandang. Kenapa aku nak DIY sendiri? Sebabnya nanti barang tu semua akan menjadi hak milik mutlak aku. Untung dah kat situ. Dari aku membazir duit bayar kat orang apa kata aku mengasah bakat kekreatifan aku yang tak seberapa ni. Jimat pun jimat. Tak gitu? Jadi, tak sia-sia aku buang tebiat google pelamin-pelamin ni semua. Hasilnya yang paling menggamit-gamit perhatian aku adalah seperti yang berikut.

Picture credit to google.
Cantiknyaaa...Walaupun simple, tapi tetap nampak menarik di mata aku. Aku paling suka design pelamin Blogger Irine Nadia ni. Tak sabarnya rasa nak create yang sendiri punya.

Picture credit to google.
Yang ni pula, aku suka design kain latar belakang dia tu. Kalau aku kahwin nanti, biasanya pelamin kami buat dalam rumah. Mungkin latar belakang pelamin Irine tu akan nampak kosong kalau design tu buat dalam rumah. Mungkin. Jadi, aku ingat nak gabungkan latar belakang pelamin Irine tu dengan latar belakang pelamin ni.

Picture credit to google.
Haa..lepastu aku suka juga design pelamin Irma Hasmie ni. Aku suka part yang ada bulu-bulu macam pokok kelapa tu. Apa salahnya aku cedok sikit yang ni.

Picture credit to google.
Dan akhir sekali, mungkin pelamin aku tu nanti akan jadi mirip-mirip seperti yang ini. Cuma tambah sikit kain latar belakang yang kat belakang tu macam design pelamin yang nombor 2 di atas tu. Mungkin beginilah hasil akhir bayangan aku tu. Wah, cantik bukan? 



Pelamin ni aku nak buat bukan untuk bersanding pun. Aku nak buat pelamin ni untuk sesi bergambar je. Jadi, lebih jimat kalau aku DIY sendiri. Itu angan-angan sekarang la. Nanti-nanti aku tak tahu la menjadi ke tidak. At last, aku tempah kat orang jugak. Bayar duit, semua dah ready siap. Tapi kalau aku rajin, aku bercadang nak gabungkan design keempat-empat idea pelamin yang aku suka ni. Takde lah nak ikut 100%. 



Haish...Rambang mata sungguh tengok. Sampaikan adik aku kata "Kak jom buka kedai pengantin". hewhew. 


Wassalam.






Sunday 7 September 2014

Design Baju Tunang, Akad Nikah & Resepsi


Assalamualaikum!!!

Bismillah...


Ciritera mimpi di siang hari baru-baru ni akan aku abadikan di blog hari ini. Bukan hasil daripada mimpi di alam tidur tu. Tapi ini ciritera mimpi di siang hari, mimpi di alam jaga. Boleh juga dikatakan angan-angan mat jenin. Yang bezanya mat jenin berangan di atas pokok tapi aku berangan di depan PC. Inilah yang dinamakan mat jenin zaman moden. 

Design Baju Tunang

Step pertama selepas sesi merisik khabar berjaya mendapat persetujuan daripada si gadis, sudah semestinya dimulakan dengan rancangan untuk mengadakan majlis pertunangan. Search punya search macam-macam design baju yang aku jumpa. Tapi yang paling berkenan dihati adalah design yang dipakai masa akad nikah Syazreen & Azalie ni.

Picture credit to google.
Simple & cantik kan? Pertama kali tengok terus melekat di dalam hati. Kalau baju ni ada depan mata, memang aku pegang tak lepas dah. Tapi aku takmau pakai design ni masa akad nikah sebab masa akad nikah aku nak pakai design yang longgar sikit sesuai dengan majlis yang bakal berlangsung di masjid. Tapi aku memang admire sangat-sangat dengan design baju ni. Fikir punya fikir, akhirnya kata sepakat dengan hati berjaya juga diperolehi. Ok, takpe aku nak pakai masa tunang. Cukuplah buat tatapan ahli keluarga terdekat sahaja. Hati meronta-ronta tetap juga nak pakai design ni. Cuma warna je belum decide lagi. Done design baju untuk majlis tunang.



Design Baju Akad Nikah


Untuk majlis akad nikah aku plan nak pakai jubah moden warna putih. Nampak bersih & suci pakai baju warna putih masa akad nikah. Ia juga melambangkan pasangan yang baru dilahirkan seperti bayi yang suci & murni yang mengharapkan agar perjalanan masjid yang dibina mendapat rahmat & keberkatan daripada Allah. Design jubah moden pula dipilih kerana ia nampak sopan & melambangkan ciri-ciri peribadi muslimah yang solehah. 


Picture credit to google.
Picture credit to google.
Sejuk mata memandang tengok Irma Hasmie & Puteri Sarah Liyana pakai jubah masa majlis akad nikah mereka. 

Picture credit to ROTIKAYA.
Design baju yang Puteri Sarah Liyana pakai masa majlis resepsi ni pun cantik. Beading dia pun takde lah over sangat. Sesuai juga dipakai masa majlis akad nikah. Terus jadi rambang mata tak tau nak pilih design yang mana satu. 

Design Baju Majlis Resepsi


Bagi majlis resepsi pula, aku cadang nak pakai dress labuh yang sopan & simple. Biasanya di majlis resepsi ni pasangan pengantin akan menjadi perhatian umum. Jadi design baju tu biarlah yang tak mengikut bentuk badan sangat & tak terdedah di sana sini. Aku pula tak suka sangat baju yang sarat dengan lace, labuci & manik. Aku suka design yang simple & menutup aurat.


Picture credit to google.
Pertama kali tengok dress ni aku dah jatuh hati sangat-sangat dengan design & colour dia yang lembut. Memang dress ni sangat-sangat menepati ciri-ciri yang aku nak. Nanges tengok. T_T Terus rasa macam nak kawen esok je.


Picture credit to Blogger Namee Roslan.
Dress yang Cik Epal pakai ni pun aku suka sebab nampak sopan & simple. Masa tengok gambar Cik Epal pakai dress ni terus aku terbayang-bayang aku pakai dress soft pink kat atas tu. huhu. Terus jadi tak sabar nak tengok hasilnya. Kau pasangan pun non hado. Ini cuma angan-angan mat jenin je. Ok ok kembali ke alam realiti.

Picture credit to google.
Dan lagi bertambah rambang mata bila tengok dress yang isteri Jimmy Shanley ni pakai masa akad nikah. Mirip-mirip nak sama dengan design dress soft pink yang paling bertakhta di hati aku seperti yang tertera kat atas tu. Cuma takde ropol-ropol je kat bahagian kaki. Design yang Cik Epal pakai tu pun sama. Hampir serupa juga. 

Simple kan design-design yang aku suka ni? Love it! Bersederhana itu kan lebih baik.


Inilah hasil-hasil yang telah difinalisekan daripada banyak-banyak design yang aku search kat google. Rambang mata tengok. Macam-macam design ada. Kreatif betul designer-designer baju tu semua. 


Kata orang, berkahwin cuma sekali je. Jadi biarlah pakai pun voke habis. Nama pun Raja Sehari. Tapi bagi aku berkahwin ni untuk mencari redha Allah melalui alam perkahwinan. Nak kumpul pahala banyak-banyak. Jadi biarlah segala-galanya pun dimulakan dengan diberkati Allah.

Wassalam.